Gerakan Alumni Hira'

Singkatan dikenali sebagai GELURA

Informasi GELURA

Gerakan Alumni Hira' Shah Alam

Sekolah Menengah Islam Hira' Hicom Seksyen 27, Shah Alam ditubuhkan pada 2001 yang pada awalnya hanya menjangkaui 6 org pelajar dan 5 orang muallim serta muallimah. Kini sudah menghampiri sesi 2010, SMIH Hicom sudah pun menghampiri usianya yang ke - 9. Saban tahun, berpuluh-puluh jumlah pelajar dilahirkan SMIH dan dalam usaha agar tidak terputus begitu sahaja jalinan ukhuwwah yang sudah terjalin, maka tercetuslah inisiatif untuk membentuk sebuah komuniti alumni tersendiri Hira' Hicom. Pada awalnya hanya dikenali sebagai Al Hirasa, kini telah di 'rebranding' kan semula lalu lahirlah Gerakan Alumni Hira' atau lebih di kenali dengan singkatannya, GELURA.


Guru Penasihat
MUALLIM FAIRUL

Pengerusi
HIDAYAT JAMALOLAIL

Timbalan Pengerusi
FATIN NADHIRAH BT JAMALOLAIL

Setiausaha
AIMAN BIN MD USLIM

Bendahari
MAJDIAH NAZIHAH BINTI MOHD HARRIS

AJK Batch 4
ABU ZAR BIN AHMAD ZUBIR
AMIRAH LABIBAH BINTI MAHDZIR

AJK Batch 5
AHMAD HUSAINI BIN SUHAIMI
AMNI RUMAISHA BINTI AHMAD RADZI

AJK Batch 6
MAJDIAH NADZRAH BINTI MOHD HARRIS
MARDHIAH BINTI KHAIRUNJAUHARI



Bismillahir Rahmaanir Rahiim.

Disini ditunjukkan cara-cara menyertai group Hira' Shah Alam di groups.yahoo.com memandangkan masih ramai yang belum mengetahuinya. Ikut langkah-langkah berikut secara tertib dan tidak gopoh.

  1. Taip di address bar browser anda url berikut: http://groups.yahoo.com/groups/hira_shahalam
  2. Sebelum apa-apa, pastikan anda sudah 'Sign In' ke email yahoo anda.
  3. Anda kini di laman web rasmi group Hira' Shah Alam. Cari butang 'Join this group' di bahagian kanan page tersebut.

  4. Pada bahagian 'Comment to owner', catatkan sebanyak mungkin butir pengenalan diri anda supaya mudah untuk moderator group mengesahkan penyertaan anda.
  5. Jika anda yakin moderator akan mengesahkan penyertaan anda (dan tidak membatalkannya), taip juga sesuatu ke dalam bahagian 'Comment to owner' tersebut kerana ia wajib diisi bagi semua yang hendak menyertai group.
  6. Jangan ubah apa-apa pada bahagian 'Message Delivery'. Biarkan tick butang 'Individual Email'.
  7. Pada bahagian 'Message Preferences', pilih 'Fully Featured'.
  8. Kemudian, isikan kod yang terpapar di bawah dengan teliti.
  9. Akhir sekali, klik 'Join' pada bahagian bawah page.
  10. Tunggu untuk moderator group mengesahkan penyertaan anda.
Anda kini ialah salah seorang ahli group Hira' Shah Alam.

Kepada mereka yang bukan warga atau alumni Hira' Shah Alam, anda dilarang sekeras-kerasnya menyertai group ini.

Sekian.

Bismillahir Rahmaanir Rahiim.

Blog ini ialah blog rasmi Gerakan Alumni Hira' Shah Alam yang ditubuhkan pada 5 Disember 2008. Segala maklumat dan aktiviti tentang organisasi ini akan dimaklumkan di dalam blog ini.


Semoga Allah memberkati usaha kerdil kami.

Wassalam.