Gerakan Alumni Hira'

Singkatan dikenali sebagai GELURA

Cara Menyertai Group Hira' di Yahoo

Bismillahir Rahmaanir Rahiim.

Disini ditunjukkan cara-cara menyertai group Hira' Shah Alam di groups.yahoo.com memandangkan masih ramai yang belum mengetahuinya. Ikut langkah-langkah berikut secara tertib dan tidak gopoh.

  1. Taip di address bar browser anda url berikut: http://groups.yahoo.com/groups/hira_shahalam
  2. Sebelum apa-apa, pastikan anda sudah 'Sign In' ke email yahoo anda.
  3. Anda kini di laman web rasmi group Hira' Shah Alam. Cari butang 'Join this group' di bahagian kanan page tersebut.

  4. Pada bahagian 'Comment to owner', catatkan sebanyak mungkin butir pengenalan diri anda supaya mudah untuk moderator group mengesahkan penyertaan anda.
  5. Jika anda yakin moderator akan mengesahkan penyertaan anda (dan tidak membatalkannya), taip juga sesuatu ke dalam bahagian 'Comment to owner' tersebut kerana ia wajib diisi bagi semua yang hendak menyertai group.
  6. Jangan ubah apa-apa pada bahagian 'Message Delivery'. Biarkan tick butang 'Individual Email'.
  7. Pada bahagian 'Message Preferences', pilih 'Fully Featured'.
  8. Kemudian, isikan kod yang terpapar di bawah dengan teliti.
  9. Akhir sekali, klik 'Join' pada bahagian bawah page.
  10. Tunggu untuk moderator group mengesahkan penyertaan anda.
Anda kini ialah salah seorang ahli group Hira' Shah Alam.

Kepada mereka yang bukan warga atau alumni Hira' Shah Alam, anda dilarang sekeras-kerasnya menyertai group ini.

Sekian.

0 Comments: