Gerakan Alumni Hira'

Singkatan dikenali sebagai GELURA

Fellow Alumni(s)

Assalamualaikum,

Pertama sekali, nak ucapkan setinggi-tinggi tahniahlah ya kepada semua budak-budak SPM 2009 termasuk adik ana sendiri. Congratz, congratz. Merdeka juga korang semua akhirnya. Rasa beban kat bahu hilang dahkan. Yang tak cukup tidur, ganti-gantikan. Puas-puaskan tengok tv banyak-banyak. Yang lelaki pula, berjagalah malam-malam korang tengok EPL. hehe :). tapi, jangan sampai terlupa perkara-perkara wajib pula ya.

baiklah, since dah 'percuma' ni, perkara pertama sekali, meeting untuk AJK alumni. adik ana yang dah bising dah sibuk SMS tanya. mentang-mentang merangkap naib pengerusi. haih. -__-

buat masa ini, ana agak sibuk dengan final dekat MMU. final projek. seminggu dah tak tidur betul-betul ni. kerja dengan 3D, flash, kena buat web dan sebagainya. jadi, buat masa ini susah sikit nak berkomunikasi. jadi, apa-apa minta naib pengerusi dan AJK-AJK lain handle sekejap. plan sahaja dulu pun tak apa janji ada something happening. dan ini bukan bermakna ana melepas tangan sahaja. just untuk sementara waktu. InsyaAllah menjelang 2010, dah cuti dah MMU. yeayyy! :D

jadi, kalau ada apa-apa nak plan, berbincanglah sesama korang dulu. jumpa-jumpa dekat mamak ke. tak payah formal pun tak apa. nak bincang dengan diri sendiri pun tak apa. lepas tu post dekat blog ini. kalau yang tak ada access, email sahaja dekat gelura.hirasa@gmail.com, email rasmi GELURA. kepada moderator lain, tgk dekat draft blog ni ada satu topik ana dah letakkan password untuk email ni.

kesimpulannya, kepada SPM-ians 2009, enjoy kehidupan bebas anda selaku bukan pelajar sekolah lagi dah dan bersedia untuk menghadapi dunia baru. you'll be surprised of what the world has installed fou you guys. ;) anyway, feel free untuk 'menjerit' dekat shoutbox tepi ini dan emelkan saja apa-apa idea bernas yang ada dalam kepala.

Sekian, wassalam.

Hidayat Jamalolail
Bachelor of Multimedia (Hons) Media Innovation
Multimedia University, Cyberjaya.

p/s: terfikir untuk buat pertandingan mencipta logo GELURA. apa kata anda? pemenang dia akan dapat melihat logo ciptaan beliau di gunakan sebagai logo rasmi. terfikir idea saja. :D

0 Comments: