Gerakan Alumni Hira'

Singkatan dikenali sebagai GELURA


Rebutlah peluang ini!! Lepasan SPM

Assalamu’alaikum wbth…

Ke hadapan alumni hira' SPM 09 yang dikasihi sekalian,
Berikut diberikan beberapa link yang mungkin bermanfaat bagi merancang masa depan pendidikan dan kerjaya antum semua. Semoga bermanfaat. Cepat-cepat!

PENAJAAN JPA DAN MARA BAGI TAHUN 2010

UNTUK LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2009 (SILA KLIK DI SINI DAN DI SINI)

Japanese Government Scholarship for Undergraduate and Postgraduate Studies for MALAYSIANS open for application from 1-31 MARCH 2010.
http://www.my.emb-japan.go.jp/English/JIS/scholarship/scholarship.htm

MARA & JPA Scholarship Programs
http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/piln/doc/syarat/syaratPILN_JPA_MARA_2010.pdf

Yayasan Proton Scholarship
http://www.malaysia-scholarship.com/yproton.html

PTPTN Education Loan
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung

The Star Education Fund
http://thestar.com.my/edufund

Astro Scholarship Award
http://www.astro.com.my/astrolife/scholarship/default.asp

PETRONAS Education Scholarship Programs
http://esu-spmtrial.petronas.com.my/

2007 MNRB Scholarship Fund
http://www.mnrb.com.my/

OCBC Bank Scholarship
http://www.ocbc.com.my/global/aboutOCBC/Gco_local_undergraduate_scholarship.shtm#top

Bank Negara Scholarship
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=103&pg=674&ac=800

Curtin Sarawak Scholarship
http://www.curtin. edu.my/

HELP University College
http://www.help.edu.my/admissions/financial_aid_and_scholarships/help_scholarship_award

Adelaide Achiever Scholarships International (AASI)
http://www.adelaide.edu.au/scholarships/

Kolej Disted-Stamford Degree Scholarships
http://www.disted.edu.my/fa.htm

Leeds University Scholarships
http://www.leeds.ac.uk/downloads/Leeds_Scholarships.pdf

Loughborough University Human Science Scholarships
http://www.lboro.ac.uk/admin/ar/funding/ug/international/university/index.htm

MAAC Scholarship
http://www.emaac.org/index.php?option=com_content&view=category&id=55&Itemid=68

NUS / Asean Undergraduate Scholarship
http://www.nus.edu.sg/oam/scholarships-financialaid/financialaid.html

University of Sheffield Scholarship
http://www.shef.ac.uk/malaysia/scholarships.html

UTAR Scholarships
http://www.utar.edu.my/subcontentPage1.jsp?contentid=1545&2ndcontentid=608&catid=2

Nanyang Technological University Scholarship
http://admissions.ntu.edu.sg/UndergraduateAdmissions/Pages/FreshmenSingaporeSPR.aspx#

Tasmanian International Scholarships
http://www.international.utas.edu.au/static/scholarships.php

Buat Lepasan SPM 2009

Assalamua'laikum w.b.t.

Buat warga ALUMNI HIRA' sekalian,moga dirahmati oleh -Nya selalu walau dimana antum semua berada,moga kalian semua berada dalam redha Allah.

Dah lama juga muallim tak posting di sini ,tak sempat nak menulis,tapi harap muallim tak terlambat untuk mengucapkan syabas dan tahniah buat alumni yang mengambil SPM tahun lepas ,iaitu batch fatin and the batch yang berjaya mendapat kejayaan yang cemerlang dalam SPM nie,pesanan muallim ingat perjalanan masih jauh bukan noktahnya di sini,begitu juga bagi yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang,ingat jangan kecewa banyak lagi perkara yang perlu dibuat jangan buat diri anda dibelenggu dengan kekecewaan malah sepatutnya anda mestilah teruskan mencari jalan bagaimana nak mengubah diri anda supaya boleh menjadi seperti kawan-kawan anda yang cemerlang.Sebenarnya banyak tempat-tempat @ kolej universiti yang menawarkan jurusan -jurusan yang anda minati berdasarkan keputusan anda , jangan kelam kabut untuk menyatakan diri anda gagal.Nasihat muallim bersabar dan terus bersabar dan mulakan plan tindakan yang baru ,rancang atau berbincang dengan orang yang pakar tentang keputusan yang anda perolehi ,gagal sekali bukanlah beerti gagal untuk selama-lamanya.Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya .InsyaAllah antum akan ketahui kelak hikmahnya nanti.

Teringat zaman SPM muallim ,tahun 2000 ,keputusan muallim tak la cemerlang sangat tapi alhamdulillah lepaslah masuk universiti.Walaupun begitu apa yang muallim nak kongsikan ialah kekadang ingat tak semua perkara yang kita dapat itu baik untuk diri kita,dan tak semestinya perkara yang kita tak suka itu tak baik untuk kita.Jadi segala apa yang Allah kurniakan kepada diri kita terimalah seadanya walaupun kekadang pahit untuk kita telan.

Moga terus cemerlang dan terus cemerlang dalam apa jua bidang yang antum ceburi,sama ada di dunia mahupun Akhirat.....

daripada ,



Muallim Fairul

Majlis Ihtifal SM Hira' ke-9


Semua alumni dijemput memeriahkan majlis dan dijemput menjadi volunteer. Kepada sesiapa yang dapat hadir, sila hubungi Ahmad Husaini ataupun Sharifah Naqibah :)

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful.

So, as we all know, Meeting Gelura yang pertama telah diadakan pada 21 Februari 2010. Segala aktiviti yang akan dijalankan sepanjang 2010, telah pun dibincangkan secara kasar mahupun teliti.

Ahli Jawatankuasa Alumni serta beberapa ahli alumni sendiri telah pun menghadirkan diri dan lebih kurang jam 10.30, mesyuarat dimulakan Al-Fatihah dan kata-kata aluan daripada si Pengerusi. Antara yang hadir pada hari kejadian ialah :

1. Muallim Fairul
2. Nur Hidayat
3. Fatin Nadhirah
4. Ahmad Husaini
5. Sharifah Nabilah
6. Amrina Syakirah
7. Amni Rumaisha
8. Sharifah Naqibah
9. Lily
10.Majdiah Nadzrah


1. Majlis Ihtifal ke-9
Semua yang hadir pada mesyuarat telah pun sekali lagi membincangkan secara kasar mahupun teliti tentang aktiviti alumni pada tahun 2010. Aktiviti pertama yang membabitkan ahli alumni ialah Majlis Ihtifal sekolah. Tenaga alumni sedikit sebanyak diperlukan untuk menjayakan ihtifal ini. Konklusinya, ada dua bahagian yang telah dibahagikan bagi memudahkan skop kerja ahli alumni. Bahagian Multimedia dan bahagian Teknikal.

Ketua Multimedia dengan secara rawaknya dipilih, iaitu, Fatin Nadhirah. Bahagian Multimedia ada dua bahagian :
-Multimedia 1
-Multimedia 2

Multimedia 1 - bertanggungjawab mendesign banner, tag dan membuat montaj alumni untuk disiarkan pada hari ihtifal. Fatin Nadhirah bertanggungjawab dengan banner. Amni Rumaisha dan Amalia diberi tanggungjawab menguruskan montaj alumni.

Multimedia 2 - bertanggungjawab pada hari Ihtifal. Videographer dan photographer diperlukan. Amrina dilantik menjadi videographer manakala Nur Hidayat sebagai photographer.


Bahagian Teknikal :
Husaini dan Sharifah Naqibah bertanggungjawab ke atas bahagian teknikal. Semua volunteer pada hari kejadian adalah dibawah tanggungjawab mereka :) volunteer akan melaksanakan kerja-kerja sukarelawan (of course).

So, semua alumni dijemput hadir pada Majlis Ihtifal ke-9 SM Hira' SA pada 7 March 2010, di Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (easy to say, masjid Negeri). jam 8 pagi :) Kepada sesiapa yang dapat hadirkan diri, boleh menghubungi Husaini atau Sharifah Naqibah untuk mendaftar sebagai volunteer. Memudahkan kerja untuk estimate volunteer nanti :)


2. Pertandingan Mari Buat Logo.
Ahli mesyuarat telah bersepakat untuk melaksanakan pertandingan mendesign logo Gelura. InsyaAllah maklumat lanjut akan disiarkan tak lama lagi. Pemenang insyaAllah akan diberi hadiah yang lumayan :)


3. Aktiviti bertujuan mengumpul dana Alumni
Majlis telah pun berbincang dan memutuskan untuk menambah dana demi masa depan kewangan Gelura :) Bagi mengukuhkan ekonomi dan kewangan Gelura, beberapa cadangan untuk menganjurkan program kepada pelajar SM Hira' SA telah pun dikemukakan. Rancangan secara kasar telah dibuat dan insyaAllah rancangan secara teliti akan dipublish bila sampai masanya. Program seperti memperkenalkan Gelura kepada senior SM Hira' SA iaitu, form 3 - adalah antara cadangan yang dikemukan. Pengarah program telah pun dilantik dengan suara majoriti, iaitu, Ahmad Husaini.

All in all, the meeting was insyaAllah a success for all. And a sincere apology i want to address here because again, the lackness of communication was the main problem here. Trust me, i tried and will try a hard as i can get to collect all the contact information of all the alumni members.

p/s : meeting 21st Feb 2010. sekarang baru nk post hasil. harap maaf :) masalah teknikal dan mental sedikit. Kalau ade yang miss out apa2 psl meeting, sila buzz ye. - again, ditaip oleh Fatin Nadhirah. still tak ingat password.

GELURA@Facebook



follow us on facebook!

Meeting Gelura 2010

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful.

Setelah berbincang secara kritikal dan telitinya dengan beberapa AJK, meeting Gelura yang pertama pada tahun ini akan diadakan julung kalinya :)

Detail seperti yang tertera di bawah :

Event : 1st Gelura Meeting 2010
Tempat : Sek. Hira' Shah Alam, seksyen 27
Tarikh : 21st february 2010
Hari : Ahad
Masa : 10 am
Agenda : hal berkaitan aktiviti yang bakal dijalankan pada tahun 2010

Semua AJK dijemput dan diwajibkan hadir pada hari kejadian. bagi para alumni yang lain pula digalakkan datang demi memeriahkan majlis. dan menyumbangkan idea-idea yang bernas serta menunjukkan yang anda caring tentang alumni :)

kehadiran anda SANGAT dialu-alukan dan insyaAllah anda akan disambut dengan senyuman dan kesyukuran :)

Pada para AJK dan warga alumni, sila bagi feedback secepat mungkin sekiranya anda hadir. bagi yang tak dapat hadir, sila bagi feedback secepat mungkin jugak ;)


"kami tidak akan berdiam diri atau berehat selagi kami tidak melihat Al-Quran menjadi perlembagaan yang berkesan. kami akan hidup untuk melaksanakan cita-cita ini atau kami akan mati dalam usaha ke arah itu" - Hasan Al-Banna, pengasas Ikhwan Muslimin

sebagai kata-kata peransang :)

sama-samalah kita memeriahkan dan mengaktifkan Gelura dan give a hand demi membantu Gelura sendiri, Sek. Hira' dan diri sendiri :)

p/s : post ini dipost oleh Fatin Nadhirah. disebabkan kekuatan ingatan yang agak berkarat dan tak berapa mahir handle blogger neh, ana lupe password. so, terpaksa meminjam populariti orang lain untuk post ini.

harap maaf dan terima kasih kerana sudi membaca :)



Salam ,
Dapatkan DVD GAZA AL-ABIYAH dengan harga RM19.90.
MEMBELI SAMBIL MENDERMA
boleh hubungi :0136616676(Muallim Fairul)

KOBANNA :JOM PAKAT DAFTAR

Salam,

Buat warga ALUMNI HIRA' Shah Alam: InsyaAllah sesiapa yang berkelapangan boleh hadir ke konvensyen ini ,langkah permulaan yang amat baik untuk kita lebih mengenali dengan fikrah Al Banna nie,konvensyen berbentuk UMUM,semua boleh hadir.Bayaran bagi pelajar,RM20 sahaja.
Sesiapa yang ingin turut serta boleh hubungi muallim sendiri
di talian 0136616676.(Tak perlu daftar online supaya tidak berlaku kesesakan pada hari kejadian)Tarikh bagi penyertaan khamis sebelum pukul 12 tengah malam.Jika lambat daftar ngan muallim boleh terus register online di web.

Yang pertama seumpamanya di Malaysia,


SPM settle. what's next?

Assalamualaikum,


Wazzap, wazzap! Kita bertemu kembali. :) maaflah ya suka menyemak dekat sini. Kesian korang semua. buka-buka blog ni saja, nama yang sama juga dekat post terkini. takpa, at least ada juga berkongsi sesuatu.


so, kali ini, title pun dah dapat agak apa entry ni nak cakap. 


SPM settle. next? bagi sesetengah orang, sebelum SPM lagi diorang dah tahu apa diorang nak buat. dah besar nanti, nak jadi doktorlah. askar, engineer, penyanyi, pelakon dan sebagainya. setengah orang apa yang diorang kata masa kecil dulu, itulah penghujungnya. bagi setengah pula, bertukar-tukar ikut tahun, ikut apa rancangan TV popular. kalau masa itu CSI popular, nak jadi ahli forensik. kalau grey's anatomy, doktor pun layan juga ni. 


and now, I am talking about those small groups of uncertainty. 


serius tak tipu, i'm among those small groups. yup, that's me in the middle of the group. masa sekolah rendah, adalah doktor dengan tentera dalam kamus. lepas itu beralih sikit, masa zaman CSI, ahli forensik atau doktor. dah dekat-dekat nak keluar zaman sekolah, forensik, biologist, doktor. and look at me now. where i'm heading too? kalau sekarang kita ada industri hiburan - penyanyi, pelakon. my industry is what people considered as creative industry. pernah terfikir nak jadi grafik designer satu hari nanti? tak pernah. langsung tak pernah ada dalam kamus hidup. nak kata pandai lukis, apalah sangat. sampai sekarang tak hebat mana. so, macamana ni? macamana boleh terjebak dekat creative industry ni?


i just love doing it.


masa lepas SPM, banyak juga fikir. walaupun dari segi luaran, orang nampak macam tengah bermalas-malasan dan memboroikan perut. tapi sebenarnya tengah berfikir. in the end, i jump into the ship of multimedia. jangan salah anggap. mutimedia bukan IT dan IT bukan multimedia. multimedia lebih kepada the creative part and IT is the one behind it. lebih kurang macam itu.


semua benda dekat dunia ni tak senang. kalau kita sambung belajar sebab benda itu senang, what's the point then? life is about taking chance. semua benda kita buat ada sebab dia dan akan ada balasan dia. jadi, should there be any 'easy' stuff? makan pun susah. memanglah kalau kita fikir, ambil makanan, masuk mulut, telan. memang senang. cuba fikir macam ni, masa tangan kita gerak nak ambil makanan, berapa puluh ribu neuron dalam kepala berfungsi? otot-otot tangan pula, biseps triseps yang bergerak. bila dah masuk mulut, tengah kunyah, air liur yg terhasil, kandungan enzim dalam air liur. dan telan nanti, masuk usus, ada lagi enzim, dan seterunya. cuba fikir macam itu, senang tak?


kalau orang kata, jangan ambil ni, sebab orang kata tu. jadi? 


jadi grafik designer ni, ingat senang. first thing yang biasa orang tanya bila tahu we're shipping towards a graphic designer ialah, nanti kerja apa ek? the impressions of some people is that, being a graphic designer is tak ada apa-apa. ingat senang bila orang cakap macam tu? sesetengah member jadi panik bila orang cakap macam tu. some even fell on their knees. takut. 


yelah, grafik designer duduk depan komputer saja. tak sihat. bila buat kerja, of courselah. bila buat kerja, rekod peribadi setakat ini, seminggu tak tidur. but still, i'm leaving a healthy life. main futsal. main bola padang. siap ada team lagi (main position LB/RB), pergi wall climbing, backpackers lagi. still, healthykan? whatever people say, i put it aside. dengar apa mereka cakap, angguk-angguk sikit (bukan tanda setuju), saja angguk kasi dia cepat habis, dah habis, simpan poket, dah. esok lusa dah lupa, dapat lagi benda sama lepas itu. because i love and believe in what i do. 


mungkin muallim boleh bagi pendapat muallim. kenapa muallim jadi cikgu dan belajar apa yang muallim belajar dekat universiti. :D 


this is only my personal opinions. the decisions is in our hand. mungkin ada salah dan ada silap dia. but from personal experiences, this is what i have. tanya muallim. dia dah lagi lama mengharungi liku-liku perjalanan (ayat nak skema ja :D), mungkin muallim ada perkara yang lagi best nak kongsi. 


sekian wassalam.


if you’re not scared, you’re not taking a chance and if you’re not taking a chance, then, what are you doing?


Hidayat Jamalolail
Bachelors of Multimedia (Hons) Media Innovation
Multimedia University, Cyberjaya

p/s: maaflah kalau ada pengguna bahasa yang agak kasar ya. :)

Fellow Alumni(s)

Assalamualaikum,

Pertama sekali, nak ucapkan setinggi-tinggi tahniahlah ya kepada semua budak-budak SPM 2009 termasuk adik ana sendiri. Congratz, congratz. Merdeka juga korang semua akhirnya. Rasa beban kat bahu hilang dahkan. Yang tak cukup tidur, ganti-gantikan. Puas-puaskan tengok tv banyak-banyak. Yang lelaki pula, berjagalah malam-malam korang tengok EPL. hehe :). tapi, jangan sampai terlupa perkara-perkara wajib pula ya.

baiklah, since dah 'percuma' ni, perkara pertama sekali, meeting untuk AJK alumni. adik ana yang dah bising dah sibuk SMS tanya. mentang-mentang merangkap naib pengerusi. haih. -__-

buat masa ini, ana agak sibuk dengan final dekat MMU. final projek. seminggu dah tak tidur betul-betul ni. kerja dengan 3D, flash, kena buat web dan sebagainya. jadi, buat masa ini susah sikit nak berkomunikasi. jadi, apa-apa minta naib pengerusi dan AJK-AJK lain handle sekejap. plan sahaja dulu pun tak apa janji ada something happening. dan ini bukan bermakna ana melepas tangan sahaja. just untuk sementara waktu. InsyaAllah menjelang 2010, dah cuti dah MMU. yeayyy! :D

jadi, kalau ada apa-apa nak plan, berbincanglah sesama korang dulu. jumpa-jumpa dekat mamak ke. tak payah formal pun tak apa. nak bincang dengan diri sendiri pun tak apa. lepas tu post dekat blog ini. kalau yang tak ada access, email sahaja dekat gelura.hirasa@gmail.com, email rasmi GELURA. kepada moderator lain, tgk dekat draft blog ni ada satu topik ana dah letakkan password untuk email ni.

kesimpulannya, kepada SPM-ians 2009, enjoy kehidupan bebas anda selaku bukan pelajar sekolah lagi dah dan bersedia untuk menghadapi dunia baru. you'll be surprised of what the world has installed fou you guys. ;) anyway, feel free untuk 'menjerit' dekat shoutbox tepi ini dan emelkan saja apa-apa idea bernas yang ada dalam kepala.

Sekian, wassalam.

Hidayat Jamalolail
Bachelor of Multimedia (Hons) Media Innovation
Multimedia University, Cyberjaya.

p/s: terfikir untuk buat pertandingan mencipta logo GELURA. apa kata anda? pemenang dia akan dapat melihat logo ciptaan beliau di gunakan sebagai logo rasmi. terfikir idea saja. :D

A Callback To All

dedikasi khas untuk semua bekas pelajar Hirasa' even if it was just for one day




let's know something..
  • Havard Alumni Association (HAA) has sixty percent of their alumni members that donates consistently for the Unicersity which in practical plays the main role to supply financial aid for the University.. wow. what BIG pockets they have. Frankly, it's their BIG heart to do something for their school.
  • Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR). their alumni gives consistent financial aid.. human resource.. technical support.. and handles kokurikulum activities for the students. In practical.. their alumni's are half teachers.. quarter admin.. quarter etc.

let's go more closer..

  • Alumni Al-Amin Gombak. An alumni. which has a pose in the admin. makes way for other alumnees to give slots of tarbiyah such as daurah and katibah.
  • Alumni Al-Amin Bangi. Assist in most of the school's program such as Majlis Malam Amal (dinner tables for donation). This year, they make the official tarbiyah support such as human resource for nuqaba'. and you can always see the previous ketua umum as the muallim for the next year.

Point..

tukar mode kpd bahasa Melayu

Sungguh. Ini hanya fakta yang baru sedikit. tp jelas menunjukkan peranan serta keperluan sumbangan khidmat bakti para alumni untuk kemandirian sekolah mereka. Seriously. what drives them in such a way? Jawabnya. kefahaman bahawa kembali berbakti itu sebuah keperluan. sebuah peranan.

Fasa di bumi Hira'. sungguh. fasa itu seribu makna. celikkan mata yang berada di dalam jiwa. mata hati.

Di bumi Hira'. khazanahnya adalah tarbiyah. Justeru. kita mengenal Allah. Justeru. kita mengenal hakikat diri dan alam dicipta. Justeru. kita jelas tujuan kehidupan. Which in practical, tarbiyah is the most biggest drive. more bigger than anything else. Maka. pada siapa harus disandarkan harapan utk meneruskn pentarbiyahan jiwa di Hira'? meneruskan pentarbiyahan jiwa kita yang sudah 'beralih fasa'? Entiti tarbiyah yg berbaki dalam diri. itulah yg mencambahkn tarbiyah semula untuk suluh kehidupan kita. Cuma. perlu baja. perlu siram. perlu sinar matahari. Pada masa yg sama. titipkan tarbiyah untuk orang lain. adik-adik di bumi Hira' pertama-tamanya. A seed. after all the soil. the water. the sunlight. when it grows to a tree. it then gives oxygen to the ones who seed it and everyone else around.

Maka. selayaknya para alumni yang bersyukur atas tarbiyah dirinya. kembali berbakti pada bumi tarbiyahnya. Trust and believe. Alumni bisa menjadi entiti yang kuat dalam usaha menyokong survival sistem pendidikan Islam yang bersepadu khusunya di bumi Hira'. Lets! Mara bergerak ke barisan paling hadapan yang memulakan budaya murni ini. biar budaya ini mengakar dalam jiwa kita. dan menjadi imbuhan kecil di neraca akhirat.

tukar mode kpd Bhs Inggeris

This is a callback for everyone that has even the least bit of Hira' in their hearts. also for those who kinda say:

  • "ade orang ingat lagi ke aku ni?"
  • "rasa cam. oddla. lama tak jumpa."

Your respond

What you can do to respond to this callback are as follows.

  • Give a shout out (in the chatbox)
  • Simply send an email,make yourself usefull and give your database.

(p.s: credits to pengerusi. for his comitment)

Goodbye 2009.

Assalamualaikum,

Pertama sekali, menyusun 10 jari memohon kemaafan sebab menghilangkan, menyepikan diri buat sekian lamanya. Bukan sengaja untuk melarikan diri dari GELURA ini, tapi terlalu asyik menumpukan perhatian terhadap perkara lain.

Sebagaimana yang umum tidak tahu, ana sekarang berada dalam Final Year dekat MMU, jadi agak sibuk dengan Final Year Project dan thesis researchnya lagi. bukan sengaja untuk ana melarikan diri dari GELURA tapi hanya terlalu sangat menumpukan perhatian untuk buat yang terbaik.

Jadi, to make things right, sudilah untuk korang semua membaca serba sedikit dari ana ini ya. maaflah ilmu tak adalah tinggi sangat. tak hebat untuk mengeluarkan petikan-petikan ayat Quran atau hadis. tapi, masih cuba yg terbaik. dan juga, mind the language kalau-kalau ada sedikit kedengaran terkasar. :)

di petik dari satu dialog,

if you're not scared, you're not taking a chance and if you're not taking a chance, then what are you doing?

when i heard this, it makes me think. he's right. maksud ana, cuba tengok masa SPM dulu atau SPM sekarang (bagi yg tgh exam), do/did we feel scared? takut itu ada bukan? sepanjang masa. 3 bulan sebulan SPM, muallim/ah dah sibuk bagi contoh-contoh soalan dari negeri-negeri lain. dalam seminggu tu, bukan mainlah sampai 4-5 jenis paper untuk satu subjek sahaja. kalau ada 12 subjek, mahulah dekat 60 jenis soalan. kan?

bila dah masuk sebulan, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur pun tak lena.

masa dah tinggal 2-3 minggu, habis semua jenis aktiviti lain tak sentuh. 24 jam dengan buku sajalah. but, didn't these things that we do came from the basis of feeling scared? bayangkanlah kalau perasaan takut itu tak ada, ada kisah nak baca buku? ada kisah nak buat past papers? not a bit, right? ah, lantaklah SPM, pergi enjoy lagi best.

it's this scared-thing that make us do what we are supposed to do. kalaulah manusia tak takut dengan situasi global warming yg semakin 'mengganas', ada manusia nak buat kempen against global warming? ada honda nak keluarkan kereta hibrid diorang? ada kalau kita tak takut dengan FAIL, kita nak belajar sampai lebam-lebam mata.

kadang-kadang perasaan takut ini penting.

tapi jangan sampai, takut ni buat kita panik. alamak, seminggu nak SPM-lah. banyak dah ke aku belajar ni? topik ni belum cover, topik tu pula, semalam macam banyak salah. alamak macam mana ni. jangan panik. macam orang selalu kata, chill sudah! :) jangan sampai takut tu take over. susah nak jadi kerja kalau macam tu. believe me not. dan SPM ni baru permulaan. there's a lot more waiting outside. kalau kita kantui SPM pun, it doesn't mean it's the end of the world. tapi, bukanlah bermakna SPM tu kita ambil mudah. kalau kita dah cuba yg terbaik, there's nothing to be afraid of. if we doesn't get what we wanted after all the hard work, maybe God have something else instored for us. kita tak tahu.

jangan anggap gagal tu macam penghujung dunia. cuba anggap gagal tu macam kejayaan; tapi dari belakang. kadang-kadang gagal tu perlu, sebab dari gagal kita boleh nampak mana kurang kita. ana pun pernah gagal beberapa kali. berapa kali dah idea dok kena reject dengan lecturer tapi akhirnya dapat juga keluarkan design yang agak best. FYP ni, idea dah banyak keluar, tapi tak approve-approve lagi dari lecturer, submission 22hb. kalau ikutkan setengah orang, dah turning blue dah ni. turning blue tu kira macam istilah sopan-santun sikit untuk i'm dead lah. ni FYP ni. graduate atau tak bergantung dekat sinilah. kalau fail, kena tunggu sampai 2011lah baru graduate. takkan nak melangut dekat sini lagi extra setahun. plan nak sambung Master dekat UK/Aussie/NZ tu macamana pula nanti. lagi cuak.

tapi sebab rasa takut itulah yang buatkan ana bergerak. gerak sikit-sikit, tak apa. janji ada pergerakan.

nampak tak the idea. The Scare-dy Cat Theory i call it. jangan search dekat Google pula teori ni, memang tak jumpalah. ni teori kepala sendiri saja. :D jadi kesimpulannya, jangan takut untuk rasa takut.

dan kepada budak-budak SPM 2009 termasuklah my sister sendiri, all the best (walaupun dah macam agak terlambat.hihi). bila dah habis last paper nanti, tenung lama-lama buku tu (5 minit digalakkan), lepas tu letak buku tu dalam kotak, gam dengan duct-tape, tanam 20-30 meter bawah tanah atau letak dalam-dalam atas almari stor. jangan pandang belakang dah, kunci pintu stor, keep looking forward. apa result dapat nanti, itulah dia. that's it i'm done with SPM and now, what's next? Medic, engineering, IT, Graphic Designer, biotech? pilihlah mana suka. your choice.

Boleh? :)

Sekian,
Terima kasih.

Hidayat Jamalolail.
Multimedia University, Cyberjaya.
Bachelor of Multimedia (Hons) Media Innovation.


Something to Think About..

As salamu alaykum Izyana,
You may know someone who is studying for final exams these days. Final exams are always a nice time to focus on the true exam of life.
1. In school, you can often redo your exam if you fail. In the hereafter, if one fails there is no going back.
2. In school, you often do not know what questions will be asked. In the hereafter, there are only 3 questions: Who is your Lord? What is your Deen? And who is this man who was sent to you? But the answers are answers you live by.
3. In school, we stay up at night to prepare for the exam the next day. So too in Allah's exam, we should be staying up in night prayers.
4. In school, we pray and hope and work for an outstanding mark. So too should be our attitude towards Allah's exam.
5. In school, when we get a great mark, we erupt with happiness. So too will the believers erupt in happiness when they get their books in their right hands. Work for it.
6. In school, when we get a bad mark, sadness can be seen on our faces, and we dislike to face others. So too in the hereafter. Protect yourself from that.
7. During a school exam, you cannot ask anyone for help. In the hereafter, you can prepare from now to get assistance from Allah's Messenger, the Quran, and other ways of intercession.
8. In school, when exam time draws near, we banish distractions to focus on what is really important. In Allah's exam, isn't death within 1 heart beat? Banish distractions and focus.
9. In school, until exam results come out, we worry about the result. In Allah's exam, we don't know what our result will be, so we spend our days in hope and worry until the results come out.
With best wishes to see you succeed at the highest level!
-Muhammad Alshareef
Email ni ana subsribe dr http://www.successinislam.com/.
Sungguh. mendalam maknanya. bile renung balik hari-hari yang berlalu. seribu daya dikudratkan untuk sit for the spm papers. dan alhamdulillah puas menjawabnya. dan kini hanya berbaki lg dua. insyaAllah. Islam boleh! satu perkara yang patut kt ingat di kala menghembus nafas lega selesai paper, ijtahada! teruskan kerajinan! teruskan meniti lagak orang mahu periksa! seribu daya lagi perlu dikudratkan untuk meniti ujian Allah yang akan tiba. Tuntasnya, kita sebenarnya sememangnya perlu membuat persediaan. Persediaan untuk hadapi ujian yang teragung sekali. Ujian yang ini, indahnya kekal abadi. padahnya juga kekal abadi.
enough said.
*ps: bittaufiq wannajah untuk semua!

KEM LEPASAN SPM 09

Salam sejahtera semua..

satu hebahan penting kepada semua..

ANDA ada adik baru lepas ambik SPM thn ni?

ANDA ada junior2 di sekolah yang baru lepas SPM?

ANDA ada adik kepada kawan2 ANDA yang baru lepas SPM?

ANDA ada sahabat kepada adik kawan ANDA yang mempunyai kawan2nya di sekolah yang sudah melalui peperiksaan SPM ?

ANDA sendiri sedang menduduki SPM,dan masih terpinga-pinga, blur,kelabu pekat,silau tentang masa depan,ke mana hala tuju dan arah yang perlu diikuti?

Jika ANDA IALAH "ANDA' DI ATAS,ANDALAH YANG KAMI CARI!-

Teruskan Membaca hingga akhir entry,pasti ANDA tak rugi,dunia akhirat InsyaALlah!

Persoalan2 bagi para pelajar sejurus selepas SPM :

Course apakah yang terbaik beradasarkan sifat,karakter dan keupayaan diri ?

Di manakah tempat terbaik untuk menyambung pelajaran?

BAGAIMANA anda hendak mencari peluang2 untuk mendapat tempat di Uni2 terbaik di dalam atau di luar negara?

APAKAH prosedur2 untuk MEMOHON?apa tips2nya?

DARI MANAKAH tajaan2 serta biasiswa2 boleh dipohon?apa lubang2 yang ada?

Siapakah orang yang dapat dikongsi dan diminta pendapat berkenaan jurusan2 yang ditawarkan?

TEMUI KAMI SECARA LIVE....

MEREKA YANG TELAH BERJAYA MENEMPUH ALAM UNIVERSITI.. .

DARI DALAM NEGARA & LUAR NEGARA..

INILAH....

Program yang dinanti2kan para lepasan SPM...

didatangkan lagi pada tahun ini-siri ke 5

JAWAPAN kepada semua persoalan di atas,segalanya akan dikupas satu persatu...pasti ANDA AKAN MENEMUI JAWAPANNYA!

"Kem Lepasan SPM 2009"(KLSPM)

Dengan izinNya,satu- satunya Program yang pasti membawa anda ke satu dimensi baru,perspektif yang bakal mencorak masa depan anda yang lebih cemerlang dan terpandu,dengan satu matlamat yang jelas!

Ayuh!

LAYARI

www.kemlepasanspm.blogspot.com


akan menggegarkan ANDA pada :

25 - 27 DISEMBER 2009

bertempat di :

Kem NUR SUNGAI MERAB,KAJANG

Yuran penyertaan :

RM80. SHJ

(termasuk kos tempat tinggal,transport dr pick point,bahan2 kursus,makan minum,Sijil penyertaan)

Anjuran :

PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL(PEMBINA)

penyertaan terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM,tetapi jumlah hanya terhad kepada 100 tempat sahaja.

**Pakej diskaun yang menarik akan diberikan kepada pendaftaran secara berkelompok

DAFTARLAH SEKARANG!!!

HUBUNGI wakil KAMI :

EN.FAIRUL : 013-6616676

PN.NORLI : 013-6618698



"Tuluslah dengan Tuhan,teluslah dengan manusia"

Maan Najah Fil Imtihan

salam buat warga Alumni Hira' sekalian...

Moga dirahmati Allah hendaknya...
di kesempatan ini muallim wakil sekolah Hira' Shah Alam mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha dan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1431 akan datang.Semoga Allah memberkati segala amalan kita dahulu ,kini dan akan datang.Aamin....

Di kesempatan ini juga, muallim mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada lepasan Hira' yang sekarang bertungkus -lumus mengharungi jihad ilmi ,iaitu sedang bertarung dengan peperiksaan SPM , Moga dipermudahkan menjawab soalan dan diberikan ketenangan oleh Allah swt..InsyaAllah..

Bagi pelajar yang bercuti,

Harap antum semua dapat bahagikan masa dengan baik.Isikan masa antum dengan perkara berfaedah.
INGATLAH ...semua
Jika kita tidak mengisi masa lapang kita dengan perkara yang berfaedah dari sudut agama ,diri dan kehidupan duniawi..maka Syaitan dan ejen-ejennya akan tetap mengambil kesempatan peluang itu untuk mengisikan program-program sponsor tajaannya ke arah kehancuran moral ,akhlak dan akidah dan meracuni Iman dan minda kita.
JADI ,BERWASPADALAH! JANGANLAH KITA LEKA WALAUPUN SESAAT PUN!

Disini juga muallim mewakili Persatuan Belia Islam Nasional ,ingin membuat promosi awal tentang KEM LEPASAN SPM09,seperti yg dilampirkan di sini.KLSPM Nie dah masuk kali ke 5 penganjurannya.Satu program yang sangat baik,feedback daripada peserta amat menggalakkan.Muallim rasa program nie memang sesuai untuk semua lepasan SPM ,yang ingin mengetahui halatuju dengan lebih jelas lagi.Bagi lepasan SPM Terutamanya ALUMNI Hira' Muallim rasa cukup rugi jika terlepas program sebegini.Apa Lagi ...Jangan tunggu lagi...ALUMNI SPM 09 ,boleh refer muallim jika ingin mendaftar,call muallim terus.di talian 013-6616676..

Akhir Kalam ,Muallim memohon maaf di atas ketidakprihatinan muallim terhadap ALUMNI ini.Atas komitmen lain yang banyak muallim tak dapat nak fokus GELURA ini.
a'la kullihal,GELURA tetap kena diteruskan.satu perkembangan yang baik muallim rasa setakat ini.Mantap...Cumanya minta pengerusi GELURA kembali fikirkan apa next step selepas perjumpaan yang lalu yang muallim rasa dah hampir 5 bulan yang lalu...


sekian,
salam kemaafan,

Muallim Mohd Fairul Nafazli Bin Md Nazin
Penasihat GELURA

Kem Lepasan SPM 2009

Hipokrit dengan Allah?

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini, manusia banyak melakukan perkara-perkara nifaq yang jarang untuk mereka sedari. Hipokrit merupakan satu perkataan yang boleh disinonimkan dengan sifat munafik. Hipokrit dengan manusia pasti dibenci maka hipokrit dengan Allah, tunggu saja azabnya.

"Sesungguhnya orang-orang munafiq itu di tingkatan neraka yang paling bawah"
Al-Quran




Sakit perut = sakit hati, betul ke?


Nifaq itu boleh diumpamakan seperti kita beramal tanpa ilmu. Orang yang beramal tanpa ilmu tidak pernah tahu sama ada perkara yang dia amalkan itu betul/salah/sah atau batal dalam agama. Begitu juga nifaq, si pelakunya terkadang tidak menyedari yang dia lakukan itu nifaq. Maka eloklah ana bawakan contoh perlakuan yang menghampiri kepada nifaq walaupun mungkin hal-hal ini bukan taraf nifaq/layak digelar hipokrit sahaja. Yang jelasnya, ia memang bukan haq Allah daripada hamba-hambanya dan ia memang dipandang buruk oleh akal yang sihat.

1. Taqarrub ilallah hanya ketika nak periksa. Ini merupakan penipuan dalam ibadah seorang hamba malah ia suatu pendustaan terhadap agama. Perhatikan 'hanya' yang digunakan. Ia bermaksud seseorang itu hanya beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah hanya ketika inginkan hajatnya tercapai. Sejurus selepas hajatnya tercapai, hubungannya dengan Allah tunggang langgang, seolah-olah dia menganggap Allah itu seperti suatu 'alat' untuk kepentingan dirinya sendiri. Namun, tidaklah menjadi kesalahan sekiranya dia 'lebih' taqarrub pada Allah ketika berhajat dan pada masa lain, dia masih menjaga hubungan dengan Allah, cuma lebih dia taqarrub ketika berhajat. Apapun, misi seorang hamba itu sepanjang hayat. Kita bukan tahu kita akan mati bila. Tak semestinya time periksa. Kan?

2. Baik ketika bersama suatu golongan, buruk ketika bersama yang lain. Manusia mudah terkesan dengan masyarakat persekitaran yang digaulinya. Memang ini suatu sifat yang perlu ana akui, ana sendiri pernah mempunyainya. Namun, sifat seorang muslim sejati itu tetap, istiqamah. Akhlaknya tetap mulia, beradab, sopan, sentiasa zikrullah walaupun diancam keras atau dipujuk lembut. Hati inilah yang kita perlu usahakan , kerana itulah hakikat perjuangan seorang hamba; yakni tahap muttaqin. Kita bersama-sama berusaha..

3.Ajak orang lebih2, dia sendiri tak buat.

"Apakah kamu mengajak manusia melakukan kebaikan kemudian kamu lupa akan dirimu sendiri untuk berbuat kebaikan, sedangkan kamu membaca kitab ini? Adakah kamu tidak berfikir?"


Al-QUran

Tapi ana menulis post ini bukan bermaksud ana tak buat langsung perkara2 di atas. Cumanya, seruan ini ana includekan untuk diri sendiri jugak. Kta sama-sama lah buang kebiasaan kita ni ye. Yang penting ada usaha.

Allahua'lam.







JERUSALEM dalam Peperangan


Gaza - Hamas menyatakan pada Ahad lepas (25 Oktober) bahawa perang Jerusalem telah bermula dan sudah tiba masanya untuk setiap orang Islam berganding bahu menggalas tanggungjawab untuk mempertahankan maruah mereka dengan apa cara sekalipun.

“Kami dalam Gerakan Penentangan Islam Hamas, akan melakukan apa sahaja yang kami termampu untuk menyokong kumpulan yang berjaya yang akan memenangi perang Jerusalem ini dan memfokuskan usaha untuk menggerakkan potensi anggota-anggota kami dan bangsa dan menghalakan ke arah musuh utama mereka, iaitu puak Zionis,” Hamas berkata dalam kenyataannya yang dibaca oleh salah seorang pemimpinnya, Dr Salah Al-Bardawil.

Pergerakan itu juga menekankan yang Israel menyerang Masjid Al-Aqsa hari ini dengan tujuan menguji keazaman dan reaksi masyarakat Palestin and umat Islam dalam rangka untuk membiasakan diri mereka terhadap serangan cubaan itu sebagai satu dari serangan ulangan agar kemarahan umat Islam dan Palestin lenyap supaya ia membolehkan Israel lambat laun menghancurkan masjid suci itu dan melenyapkannya dari peta umat Islam.

Hamas mengatakan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang dinyatakan dalam Oslo, serta beberapa negara Arab, bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada Masjid Al-Aqsa. Hamas juga menyatakan pada masa yang sama perang Jerusalem telah pun termaktub dan kemenangan sudah pasti berpihak kepada orang-orang Palestin dan juga perjuangan mereka.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum mengatakan cubaan Zionis yang berulang-ulang untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan kepungan yang dilakukan terhadap masjid itu adalah proses terancang untuk mengenakan kekuasaan Yahudi terhadap Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa sebagai tindakan awal untuk membina kuil mereka.

Barhoum berkata kepada pusat media Al-Bayan bahawa serangan ke atas masjid suci umat Islam ini tidak akan berlaku jika Amerika Syarikat tidak memberi kebenaran kepada penjajah Israel untuk melakukan jenayah dan pencabulan dan juga jika PA tidak meneruskan usaha perbincangan yang memangkinkan penceroboh Israel untuk meningkatkan lagi pencabulan terhadap wilayah penduduk Palestin dan tempat-tempat suci.

Bagi pihaknya, Sheikh Hamed Al-Beitawi yang menjadi wakil Hamas dalam badan kehakiman Palestin (PLC), memberi amaran terhadap penjajahan Israel yang berterusan dan pencabulan terhadap Bandar Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa, serta menekankan bahawa Israel membuka pintu neraka kerana mereka berani menyerang Masjid Al-Aqsa.

“Satu setengah billion orang Islam tidak akan memandang sebelah mata apabila Zionis menukar Masjid Al-Aqsa kepada synagogue atau kuil,” tegas Sheikh Betawi.

Penggubal undang-undang itu menyeru menteri-menteri kerajaan PA serta pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam untuk menghentikan segala bentuk hubungan dengan penjajah Israel dan pengurusan keselamatan bersamanya.

Dalam hal yang sama, Dr Aziz Duweik, jurucakap PLC, menyeru umat Islam supaya bangkit dengan segera untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada serangan.

“Sekaranglah masanya untuk umat Islam mengembalikan maruah dan keagungannya kerana mereka tidak harus berpeluk tubuh atau sebaliknya mereka akan ditimpa dengan kehinaan dan kerendahan selama-lamanya,” kata Dr Duweik.

Blok perubahan dan reformasi Hamas dalam sidang media memberi amaran pencabulan berterusan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa akan menyemarakkan keadaan rantau itu dan menggesa tindakan segera dilakukan untuk menghalang Israel.

Dr Yahya Moussa, ahli parlimen Hamas, berkata dalam kenyataannya kepada PIC bahawa rakyat Palestin hari ini menghadapi satu lagi jenayah Israel terhadap tanah mereka, dan keagungan sejarah dan warisan Islam mereka.

Jurucakap Hamas di tengah-tengah Gaza, Yousuf Farhat mengatakan bahawa kelemahan kedudukan Arab telah menggalakkan lagi Israel untuk melakukan serangan berterusan terhadap Masjid Al-Aqsa, dan menyeru ulama Islam dan para intelek untuk bersegera beramal dan mengisi tanggungjawab agama dan watan terhadap Masjid Al-Aqsa.

Dalam satu sidang media di Damsyik, pergerakan Hamas turut menyeru rakyat Palestin dan Arab serta umat Islam di seluruh dunia untuk menganjurkan demonstrasi bantahan terhadap keganasan yang sedang berlaku terhadap Masjid Al-Aqsa.

Sumber: The Palestinian Information Center
Penterjemah:

Mohd Zul Alwi Mat Adam
Wartawan/Penulis

__________________________________________________________________

Hamas: The battle of Jerusalem started

GAZA, (PIC) - Hamas stated on Sunday that the battle of Jerusalem has started and it is time for every Muslim to shoulder his share of responsibility in defense of his dignity by all means possible.

“We in the Islamic Resistance Movement of Hamas will do everything in our power to support the victorious group that will win the battle of Jerusalem concentrating on mobilizing the potential of our people and nation and directing them against their main opponent, which is the Zionist enemy," Hamas said in a statement read by one of its leaders Dr. Salah Al-Bardawil.

The Movement stressed that the Israeli frenzied military attack on the Aqsa Mosque today was a process of testing the will and reaction of the Palestinian people and the Muslim nation in order to accustom them to such attempts as part of a repeated scene until their anger gradually fades away so they (Israelis) can eventually demolish the holy Mosque and wipe it off the religious map of Muslims.

Hamas held the Palestinian Authority (PA), which it described as the authority of Oslo, and some Arab countries responsible for what is happening against the Aqsa Mosque, asserting at the same time that the battle of Jerusalem is decisive and the inevitable victory will be for the Palestinian people and their resistance.

For his part, Hamas spokesman Fawzi Barhoum said that the repeated Zionist attempts to storm the Aqsa Mosque and the blockade imposed on it comes in the context of a scheme aimed to impose Jewish sovereignty over Jerusalem and the Mosque as a prelude to building the alleged temple.

Spokesman Barhoum told Al-Bayan media center that this attack on the holy Mosque would have not happened if the US had not given the Israeli occupation a green light to commit such crimes and violations and the PA had not persisted in its negotiations that encouraged the occupation to escalate its violations against the Palestinian land and holy places.

The spokesman added that no one is exempted from defending and protecting the Aqsa Mosque, calling for unleashing the hand of the Palestinian resistance in the West Bank to get the real battle started.

For his part, Sheikh Hamed Al-Beitawi, a representative of Hamas in the Palestinian legislative council (PLC), warned the Israeli occupation of persisting in its violations against the occupied city of Jerusalem and the Aqsa Mosque, stressing that Israel opened the gates of hell when it dared to attack the Aqsa Mosque.

“One billion and a half Muslims will not condone that the Zionists turn the Aqsa Mosque into a synagogue or an alleged temple,” Sheikh Beitawi underscored.

The lawmaker called on PA officials, Arab and Muslim leaders to stop all forms of normalization with the Israeli occupation and stop any security coordination with it.

In the same context, Dr. Aziz Dweik, the speaker of the PLC, called on the Muslim nation to uprise urgently and immediately in defense of the Aqsa Mosque under attack.

“It is time for the nation to restore its dignity and prestige because it must not stay passive more than that or else it will be chased by shame and disgrace for ever,” Dr. Dweik said.

The Hamas change and reform parliamentary bloc, for its part, warned in a press release that Israel’s repeated violations against the Aqsa Mosque would trigger the situation in the whole region and called for immediate action to curb Israel.

For his part, Dr. Yahya Moussa, a member of Hamas parliamentary bloc, said in a statement to the PIC that the Palestinian people is facing today another Israeli crime committed against their land and their historical and Islamic legacy.

Hamas spokesman in central Gaza Yousuf Farhat, for his part, stated that the weakness of the Arab position encouraged Israel to carry out its repeated attacks on the Aqsa Mosque, calling on Muslim scholars and intellectuals to urgently move and assume their religious and national role towards the Mosque.

In a press release in Damascus, the Movement of Hamas also called on the Palestinian people and all Arab and Muslim peoples all over the world to organize angry marches in protest at the ongoing wanton aggression on the Aqsa Mosque.

Perutusan Eid Mubarak


Assalamualaikum warahmatullah

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahi Alhamdu.

AlhamdulIllah, pertama dan selama-lamanya setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah swt di atas nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala aalihi wa sohbihi wasallam.

ALHAMDULILLAH. Setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam yang telah menganugerahkan nikmat kesejahteraan, umur yang panjang dan kesihatan yang baik sehingga kita masih lagi berkesempatan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini dan seterusnya merayakan aidilfitri yang bakal menjelang. Mengharungi berbagai cabaran dan dugaan melalui ibadah puasa sepanjang sebulan Ramadhan sesungguhnya banyak memberikan pengajaran kepada kita untuk menjadi hamba Allah yang semakin baik berbanding masa-masa yang lepas. Kebaikan ini bukan sahaja kepada diri sendiri, malah diharapkan dapat melimpahkan manafaat kepada kesejahteraan masyarakat serta seluruh isi alam ini.

Kita sudah menghampiri penghujung Ramadhan ,dan ianya bakal meninggalkan kita. Terlalu cepat ia berlalu pergi tanpa kita sedari . Alangkah beruntungnya mereka yang benar-benar memanfaatkan bulan ini dengan memperbanyakkan amalan dan menghimpunkan sebanyak mungkin kebaikan .Sebaliknya rugilah mereka yang mempersia-siakannya atau menyambutnya dengan sambil lewa.
Kepada hamba yang taat ,jelas terpancar seri di wajah-wajah mereka menantikan Youmul Ja’izah (hari penganugerahan ).Benarlah sabda junjungan besar Nabi Muhammad saw yang menyatakan:
“Bagi mereka yang berpuasa itu ada dua kegembiraan ;pertama sewaktu berbuka dan yang kedua sewaktu bertemu dengan Allah Azza Wajalla.”
Sedangkan mereka yang engkar ,di wajah mereka terbayang rasa penyesalan dan kesungulan

Warga Hira' sekalian,
Saya menyeru dan seringkali mengingatkan akan diri ini dan seluruh warga Hira 'supaya kesan daripada tarbiyyah Ramadhan ini ,membuatkan kita bertambah semangat dan meneruskan amalan kita di bulan ini pada bulan yang lain-lain, jika dalam bulan ramadhan ini kita dapat lakukan kenapa tidak di bulan yang lain-lain.Jangan biarkan amalan kebaikan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan berhenti setakat itu sahaja ,jadikanlah ia amalan yang konsisten sepanjang tahun.
1 Syawal akan menanti ,janganlah kita lupa ziarah menziarahi kaum keluarga, sanak saudara, malah sahabat handai serta saudara seIslam yang lain, bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita.Sehubungan dengan itu juga , bulan Syawal ini juga sewajarnya kita mengambil peluang untuk kita berpuasa sunat 6 hari sebagai kesinambungan puasa kita di bulan Ramadhan, seperti mana hadis Nabi saw, dari Abu Ayyub Al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari berpuasa di bulan syawal, dia seolah-olah berpuasa selama setahun.” (Hadith Sahih Muslim)


Warga Hira' sekalian,

Akhir kalam ,sempena kedatangan Syawal yang mulia ini ,saya dari pihak sekolah Hira' ingin memohon kemaafan diatas kesilapan yang pernah dilakukan sepanjang berada di sekolah mahupun di luar sekolah ini.Tahniah dan Selamat Hari Raya kepada anda semua dengan iringan doa semoga Allah menerima ibadah puasa kita ,qiam kita dan segala amal kebaikan yang kita lakukan sepanjang ramadhan yang lalu.
“Ya Allah terimalah Ramadhan yang kami lalui ini sebagai amalan ikhlas dari kami dan jadikanlah kami dari kalangan mereka yang dibebaskan daripada api neraka.Semoga Allah menemukan kita lagi dengan Ramadhan yang akan datang.”

Salam Eidulfitri kami ucapkan kepada semua.
Kullu 'aam, wa antum bikhair.

Assalamualaikum semua.
Ramadhan tahun ini sudah tiba.
Uniknya, bulan Ramadhan pada tahun ini berlangsung dalam bulan kemerdekaan.
Ulang tahun kemerdekaan ke-52.

~

Merdeka= bebas dan berkemampuan untuk melakukan sesuatu tanpa ada halangan oleh sesuatu.
-Kamus Dewan Edisi Empat

Istilah Merdeka Dalam Islam= bebas daripada maksiat, pengaruh barat dan berkemampuan untuk melakukan ibadah dengan khusyu', ikhlas, dan sempurna.
-Saya Punya Kamus

Sudah 52 tahun negara kita merdeka, pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, merdekakah kita?

Mungkin negara kita sudah merdeka, tetapi kita?

~

Umumnya, pada bulan Ramadhan, setiap umat Islam berpuasa.

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
Al-Baqarah:183

Apabila kita berpuasa dengan sempurna, insyaAllah kita tergolong dalam kalangan orang-orang bertaqwa.
Apabila kita bertaqwa, sudah tentu kita akan melakukan ibadah-ibadah dengan sempurna.
Dan apabila kita bertaqwa, sudah tentu kita akan menjauhi perkara-perkara maksiat.
Oleh yang demikian, kita akan kecapi kemerdekaan sebenar.


Sempena bulan Ramadhan ini, marilah kita memerdekakan diri kita dengan melakukan ibadah dengan ikhlas dan sempurna. (x