Gerakan Alumni Hira'

Singkatan dikenali sebagai GELURA

Buat Lepasan SPM 2009

Assalamua'laikum w.b.t.

Buat warga ALUMNI HIRA' sekalian,moga dirahmati oleh -Nya selalu walau dimana antum semua berada,moga kalian semua berada dalam redha Allah.

Dah lama juga muallim tak posting di sini ,tak sempat nak menulis,tapi harap muallim tak terlambat untuk mengucapkan syabas dan tahniah buat alumni yang mengambil SPM tahun lepas ,iaitu batch fatin and the batch yang berjaya mendapat kejayaan yang cemerlang dalam SPM nie,pesanan muallim ingat perjalanan masih jauh bukan noktahnya di sini,begitu juga bagi yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang,ingat jangan kecewa banyak lagi perkara yang perlu dibuat jangan buat diri anda dibelenggu dengan kekecewaan malah sepatutnya anda mestilah teruskan mencari jalan bagaimana nak mengubah diri anda supaya boleh menjadi seperti kawan-kawan anda yang cemerlang.Sebenarnya banyak tempat-tempat @ kolej universiti yang menawarkan jurusan -jurusan yang anda minati berdasarkan keputusan anda , jangan kelam kabut untuk menyatakan diri anda gagal.Nasihat muallim bersabar dan terus bersabar dan mulakan plan tindakan yang baru ,rancang atau berbincang dengan orang yang pakar tentang keputusan yang anda perolehi ,gagal sekali bukanlah beerti gagal untuk selama-lamanya.Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya .InsyaAllah antum akan ketahui kelak hikmahnya nanti.

Teringat zaman SPM muallim ,tahun 2000 ,keputusan muallim tak la cemerlang sangat tapi alhamdulillah lepaslah masuk universiti.Walaupun begitu apa yang muallim nak kongsikan ialah kekadang ingat tak semua perkara yang kita dapat itu baik untuk diri kita,dan tak semestinya perkara yang kita tak suka itu tak baik untuk kita.Jadi segala apa yang Allah kurniakan kepada diri kita terimalah seadanya walaupun kekadang pahit untuk kita telan.

Moga terus cemerlang dan terus cemerlang dalam apa jua bidang yang antum ceburi,sama ada di dunia mahupun Akhirat.....

daripada ,



Muallim Fairul