Gerakan Alumni Hira'

Singkatan dikenali sebagai GELURA

Hipokrit dengan Allah?

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini, manusia banyak melakukan perkara-perkara nifaq yang jarang untuk mereka sedari. Hipokrit merupakan satu perkataan yang boleh disinonimkan dengan sifat munafik. Hipokrit dengan manusia pasti dibenci maka hipokrit dengan Allah, tunggu saja azabnya.

"Sesungguhnya orang-orang munafiq itu di tingkatan neraka yang paling bawah"
Al-Quran




Sakit perut = sakit hati, betul ke?


Nifaq itu boleh diumpamakan seperti kita beramal tanpa ilmu. Orang yang beramal tanpa ilmu tidak pernah tahu sama ada perkara yang dia amalkan itu betul/salah/sah atau batal dalam agama. Begitu juga nifaq, si pelakunya terkadang tidak menyedari yang dia lakukan itu nifaq. Maka eloklah ana bawakan contoh perlakuan yang menghampiri kepada nifaq walaupun mungkin hal-hal ini bukan taraf nifaq/layak digelar hipokrit sahaja. Yang jelasnya, ia memang bukan haq Allah daripada hamba-hambanya dan ia memang dipandang buruk oleh akal yang sihat.

1. Taqarrub ilallah hanya ketika nak periksa. Ini merupakan penipuan dalam ibadah seorang hamba malah ia suatu pendustaan terhadap agama. Perhatikan 'hanya' yang digunakan. Ia bermaksud seseorang itu hanya beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah hanya ketika inginkan hajatnya tercapai. Sejurus selepas hajatnya tercapai, hubungannya dengan Allah tunggang langgang, seolah-olah dia menganggap Allah itu seperti suatu 'alat' untuk kepentingan dirinya sendiri. Namun, tidaklah menjadi kesalahan sekiranya dia 'lebih' taqarrub pada Allah ketika berhajat dan pada masa lain, dia masih menjaga hubungan dengan Allah, cuma lebih dia taqarrub ketika berhajat. Apapun, misi seorang hamba itu sepanjang hayat. Kita bukan tahu kita akan mati bila. Tak semestinya time periksa. Kan?

2. Baik ketika bersama suatu golongan, buruk ketika bersama yang lain. Manusia mudah terkesan dengan masyarakat persekitaran yang digaulinya. Memang ini suatu sifat yang perlu ana akui, ana sendiri pernah mempunyainya. Namun, sifat seorang muslim sejati itu tetap, istiqamah. Akhlaknya tetap mulia, beradab, sopan, sentiasa zikrullah walaupun diancam keras atau dipujuk lembut. Hati inilah yang kita perlu usahakan , kerana itulah hakikat perjuangan seorang hamba; yakni tahap muttaqin. Kita bersama-sama berusaha..

3.Ajak orang lebih2, dia sendiri tak buat.

"Apakah kamu mengajak manusia melakukan kebaikan kemudian kamu lupa akan dirimu sendiri untuk berbuat kebaikan, sedangkan kamu membaca kitab ini? Adakah kamu tidak berfikir?"


Al-QUran

Tapi ana menulis post ini bukan bermaksud ana tak buat langsung perkara2 di atas. Cumanya, seruan ini ana includekan untuk diri sendiri jugak. Kta sama-sama lah buang kebiasaan kita ni ye. Yang penting ada usaha.

Allahua'lam.







0 Comments: