Gerakan Alumni Hira'

Singkatan dikenali sebagai GELURA

Maan Najah Fil Imtihan

salam buat warga Alumni Hira' sekalian...

Moga dirahmati Allah hendaknya...
di kesempatan ini muallim wakil sekolah Hira' Shah Alam mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha dan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1431 akan datang.Semoga Allah memberkati segala amalan kita dahulu ,kini dan akan datang.Aamin....

Di kesempatan ini juga, muallim mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada lepasan Hira' yang sekarang bertungkus -lumus mengharungi jihad ilmi ,iaitu sedang bertarung dengan peperiksaan SPM , Moga dipermudahkan menjawab soalan dan diberikan ketenangan oleh Allah swt..InsyaAllah..

Bagi pelajar yang bercuti,

Harap antum semua dapat bahagikan masa dengan baik.Isikan masa antum dengan perkara berfaedah.
INGATLAH ...semua
Jika kita tidak mengisi masa lapang kita dengan perkara yang berfaedah dari sudut agama ,diri dan kehidupan duniawi..maka Syaitan dan ejen-ejennya akan tetap mengambil kesempatan peluang itu untuk mengisikan program-program sponsor tajaannya ke arah kehancuran moral ,akhlak dan akidah dan meracuni Iman dan minda kita.
JADI ,BERWASPADALAH! JANGANLAH KITA LEKA WALAUPUN SESAAT PUN!

Disini juga muallim mewakili Persatuan Belia Islam Nasional ,ingin membuat promosi awal tentang KEM LEPASAN SPM09,seperti yg dilampirkan di sini.KLSPM Nie dah masuk kali ke 5 penganjurannya.Satu program yang sangat baik,feedback daripada peserta amat menggalakkan.Muallim rasa program nie memang sesuai untuk semua lepasan SPM ,yang ingin mengetahui halatuju dengan lebih jelas lagi.Bagi lepasan SPM Terutamanya ALUMNI Hira' Muallim rasa cukup rugi jika terlepas program sebegini.Apa Lagi ...Jangan tunggu lagi...ALUMNI SPM 09 ,boleh refer muallim jika ingin mendaftar,call muallim terus.di talian 013-6616676..

Akhir Kalam ,Muallim memohon maaf di atas ketidakprihatinan muallim terhadap ALUMNI ini.Atas komitmen lain yang banyak muallim tak dapat nak fokus GELURA ini.
a'la kullihal,GELURA tetap kena diteruskan.satu perkembangan yang baik muallim rasa setakat ini.Mantap...Cumanya minta pengerusi GELURA kembali fikirkan apa next step selepas perjumpaan yang lalu yang muallim rasa dah hampir 5 bulan yang lalu...


sekian,
salam kemaafan,

Muallim Mohd Fairul Nafazli Bin Md Nazin
Penasihat GELURA

0 Comments: