Gerakan Alumni Hira'

Singkatan dikenali sebagai GELURA


Rebutlah peluang ini!! Lepasan SPM

Assalamu’alaikum wbth…

Ke hadapan alumni hira' SPM 09 yang dikasihi sekalian,
Berikut diberikan beberapa link yang mungkin bermanfaat bagi merancang masa depan pendidikan dan kerjaya antum semua. Semoga bermanfaat. Cepat-cepat!

PENAJAAN JPA DAN MARA BAGI TAHUN 2010

UNTUK LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2009 (SILA KLIK DI SINI DAN DI SINI)

Japanese Government Scholarship for Undergraduate and Postgraduate Studies for MALAYSIANS open for application from 1-31 MARCH 2010.
http://www.my.emb-japan.go.jp/English/JIS/scholarship/scholarship.htm

MARA & JPA Scholarship Programs
http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/piln/doc/syarat/syaratPILN_JPA_MARA_2010.pdf

Yayasan Proton Scholarship
http://www.malaysia-scholarship.com/yproton.html

PTPTN Education Loan
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung

The Star Education Fund
http://thestar.com.my/edufund

Astro Scholarship Award
http://www.astro.com.my/astrolife/scholarship/default.asp

PETRONAS Education Scholarship Programs
http://esu-spmtrial.petronas.com.my/

2007 MNRB Scholarship Fund
http://www.mnrb.com.my/

OCBC Bank Scholarship
http://www.ocbc.com.my/global/aboutOCBC/Gco_local_undergraduate_scholarship.shtm#top

Bank Negara Scholarship
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=103&pg=674&ac=800

Curtin Sarawak Scholarship
http://www.curtin. edu.my/

HELP University College
http://www.help.edu.my/admissions/financial_aid_and_scholarships/help_scholarship_award

Adelaide Achiever Scholarships International (AASI)
http://www.adelaide.edu.au/scholarships/

Kolej Disted-Stamford Degree Scholarships
http://www.disted.edu.my/fa.htm

Leeds University Scholarships
http://www.leeds.ac.uk/downloads/Leeds_Scholarships.pdf

Loughborough University Human Science Scholarships
http://www.lboro.ac.uk/admin/ar/funding/ug/international/university/index.htm

MAAC Scholarship
http://www.emaac.org/index.php?option=com_content&view=category&id=55&Itemid=68

NUS / Asean Undergraduate Scholarship
http://www.nus.edu.sg/oam/scholarships-financialaid/financialaid.html

University of Sheffield Scholarship
http://www.shef.ac.uk/malaysia/scholarships.html

UTAR Scholarships
http://www.utar.edu.my/subcontentPage1.jsp?contentid=1545&2ndcontentid=608&catid=2

Nanyang Technological University Scholarship
http://admissions.ntu.edu.sg/UndergraduateAdmissions/Pages/FreshmenSingaporeSPR.aspx#

Tasmanian International Scholarships
http://www.international.utas.edu.au/static/scholarships.php

Buat Lepasan SPM 2009

Assalamua'laikum w.b.t.

Buat warga ALUMNI HIRA' sekalian,moga dirahmati oleh -Nya selalu walau dimana antum semua berada,moga kalian semua berada dalam redha Allah.

Dah lama juga muallim tak posting di sini ,tak sempat nak menulis,tapi harap muallim tak terlambat untuk mengucapkan syabas dan tahniah buat alumni yang mengambil SPM tahun lepas ,iaitu batch fatin and the batch yang berjaya mendapat kejayaan yang cemerlang dalam SPM nie,pesanan muallim ingat perjalanan masih jauh bukan noktahnya di sini,begitu juga bagi yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang,ingat jangan kecewa banyak lagi perkara yang perlu dibuat jangan buat diri anda dibelenggu dengan kekecewaan malah sepatutnya anda mestilah teruskan mencari jalan bagaimana nak mengubah diri anda supaya boleh menjadi seperti kawan-kawan anda yang cemerlang.Sebenarnya banyak tempat-tempat @ kolej universiti yang menawarkan jurusan -jurusan yang anda minati berdasarkan keputusan anda , jangan kelam kabut untuk menyatakan diri anda gagal.Nasihat muallim bersabar dan terus bersabar dan mulakan plan tindakan yang baru ,rancang atau berbincang dengan orang yang pakar tentang keputusan yang anda perolehi ,gagal sekali bukanlah beerti gagal untuk selama-lamanya.Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya .InsyaAllah antum akan ketahui kelak hikmahnya nanti.

Teringat zaman SPM muallim ,tahun 2000 ,keputusan muallim tak la cemerlang sangat tapi alhamdulillah lepaslah masuk universiti.Walaupun begitu apa yang muallim nak kongsikan ialah kekadang ingat tak semua perkara yang kita dapat itu baik untuk diri kita,dan tak semestinya perkara yang kita tak suka itu tak baik untuk kita.Jadi segala apa yang Allah kurniakan kepada diri kita terimalah seadanya walaupun kekadang pahit untuk kita telan.

Moga terus cemerlang dan terus cemerlang dalam apa jua bidang yang antum ceburi,sama ada di dunia mahupun Akhirat.....

daripada ,



Muallim Fairul

Majlis Ihtifal SM Hira' ke-9


Semua alumni dijemput memeriahkan majlis dan dijemput menjadi volunteer. Kepada sesiapa yang dapat hadir, sila hubungi Ahmad Husaini ataupun Sharifah Naqibah :)

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful.

So, as we all know, Meeting Gelura yang pertama telah diadakan pada 21 Februari 2010. Segala aktiviti yang akan dijalankan sepanjang 2010, telah pun dibincangkan secara kasar mahupun teliti.

Ahli Jawatankuasa Alumni serta beberapa ahli alumni sendiri telah pun menghadirkan diri dan lebih kurang jam 10.30, mesyuarat dimulakan Al-Fatihah dan kata-kata aluan daripada si Pengerusi. Antara yang hadir pada hari kejadian ialah :

1. Muallim Fairul
2. Nur Hidayat
3. Fatin Nadhirah
4. Ahmad Husaini
5. Sharifah Nabilah
6. Amrina Syakirah
7. Amni Rumaisha
8. Sharifah Naqibah
9. Lily
10.Majdiah Nadzrah


1. Majlis Ihtifal ke-9
Semua yang hadir pada mesyuarat telah pun sekali lagi membincangkan secara kasar mahupun teliti tentang aktiviti alumni pada tahun 2010. Aktiviti pertama yang membabitkan ahli alumni ialah Majlis Ihtifal sekolah. Tenaga alumni sedikit sebanyak diperlukan untuk menjayakan ihtifal ini. Konklusinya, ada dua bahagian yang telah dibahagikan bagi memudahkan skop kerja ahli alumni. Bahagian Multimedia dan bahagian Teknikal.

Ketua Multimedia dengan secara rawaknya dipilih, iaitu, Fatin Nadhirah. Bahagian Multimedia ada dua bahagian :
-Multimedia 1
-Multimedia 2

Multimedia 1 - bertanggungjawab mendesign banner, tag dan membuat montaj alumni untuk disiarkan pada hari ihtifal. Fatin Nadhirah bertanggungjawab dengan banner. Amni Rumaisha dan Amalia diberi tanggungjawab menguruskan montaj alumni.

Multimedia 2 - bertanggungjawab pada hari Ihtifal. Videographer dan photographer diperlukan. Amrina dilantik menjadi videographer manakala Nur Hidayat sebagai photographer.


Bahagian Teknikal :
Husaini dan Sharifah Naqibah bertanggungjawab ke atas bahagian teknikal. Semua volunteer pada hari kejadian adalah dibawah tanggungjawab mereka :) volunteer akan melaksanakan kerja-kerja sukarelawan (of course).

So, semua alumni dijemput hadir pada Majlis Ihtifal ke-9 SM Hira' SA pada 7 March 2010, di Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (easy to say, masjid Negeri). jam 8 pagi :) Kepada sesiapa yang dapat hadirkan diri, boleh menghubungi Husaini atau Sharifah Naqibah untuk mendaftar sebagai volunteer. Memudahkan kerja untuk estimate volunteer nanti :)


2. Pertandingan Mari Buat Logo.
Ahli mesyuarat telah bersepakat untuk melaksanakan pertandingan mendesign logo Gelura. InsyaAllah maklumat lanjut akan disiarkan tak lama lagi. Pemenang insyaAllah akan diberi hadiah yang lumayan :)


3. Aktiviti bertujuan mengumpul dana Alumni
Majlis telah pun berbincang dan memutuskan untuk menambah dana demi masa depan kewangan Gelura :) Bagi mengukuhkan ekonomi dan kewangan Gelura, beberapa cadangan untuk menganjurkan program kepada pelajar SM Hira' SA telah pun dikemukakan. Rancangan secara kasar telah dibuat dan insyaAllah rancangan secara teliti akan dipublish bila sampai masanya. Program seperti memperkenalkan Gelura kepada senior SM Hira' SA iaitu, form 3 - adalah antara cadangan yang dikemukan. Pengarah program telah pun dilantik dengan suara majoriti, iaitu, Ahmad Husaini.

All in all, the meeting was insyaAllah a success for all. And a sincere apology i want to address here because again, the lackness of communication was the main problem here. Trust me, i tried and will try a hard as i can get to collect all the contact information of all the alumni members.

p/s : meeting 21st Feb 2010. sekarang baru nk post hasil. harap maaf :) masalah teknikal dan mental sedikit. Kalau ade yang miss out apa2 psl meeting, sila buzz ye. - again, ditaip oleh Fatin Nadhirah. still tak ingat password.

GELURA@Facebook



follow us on facebook!

Meeting Gelura 2010

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful.

Setelah berbincang secara kritikal dan telitinya dengan beberapa AJK, meeting Gelura yang pertama pada tahun ini akan diadakan julung kalinya :)

Detail seperti yang tertera di bawah :

Event : 1st Gelura Meeting 2010
Tempat : Sek. Hira' Shah Alam, seksyen 27
Tarikh : 21st february 2010
Hari : Ahad
Masa : 10 am
Agenda : hal berkaitan aktiviti yang bakal dijalankan pada tahun 2010

Semua AJK dijemput dan diwajibkan hadir pada hari kejadian. bagi para alumni yang lain pula digalakkan datang demi memeriahkan majlis. dan menyumbangkan idea-idea yang bernas serta menunjukkan yang anda caring tentang alumni :)

kehadiran anda SANGAT dialu-alukan dan insyaAllah anda akan disambut dengan senyuman dan kesyukuran :)

Pada para AJK dan warga alumni, sila bagi feedback secepat mungkin sekiranya anda hadir. bagi yang tak dapat hadir, sila bagi feedback secepat mungkin jugak ;)


"kami tidak akan berdiam diri atau berehat selagi kami tidak melihat Al-Quran menjadi perlembagaan yang berkesan. kami akan hidup untuk melaksanakan cita-cita ini atau kami akan mati dalam usaha ke arah itu" - Hasan Al-Banna, pengasas Ikhwan Muslimin

sebagai kata-kata peransang :)

sama-samalah kita memeriahkan dan mengaktifkan Gelura dan give a hand demi membantu Gelura sendiri, Sek. Hira' dan diri sendiri :)

p/s : post ini dipost oleh Fatin Nadhirah. disebabkan kekuatan ingatan yang agak berkarat dan tak berapa mahir handle blogger neh, ana lupe password. so, terpaksa meminjam populariti orang lain untuk post ini.

harap maaf dan terima kasih kerana sudi membaca :)



Salam ,
Dapatkan DVD GAZA AL-ABIYAH dengan harga RM19.90.
MEMBELI SAMBIL MENDERMA
boleh hubungi :0136616676(Muallim Fairul)

KOBANNA :JOM PAKAT DAFTAR

Salam,

Buat warga ALUMNI HIRA' Shah Alam: InsyaAllah sesiapa yang berkelapangan boleh hadir ke konvensyen ini ,langkah permulaan yang amat baik untuk kita lebih mengenali dengan fikrah Al Banna nie,konvensyen berbentuk UMUM,semua boleh hadir.Bayaran bagi pelajar,RM20 sahaja.
Sesiapa yang ingin turut serta boleh hubungi muallim sendiri
di talian 0136616676.(Tak perlu daftar online supaya tidak berlaku kesesakan pada hari kejadian)Tarikh bagi penyertaan khamis sebelum pukul 12 tengah malam.Jika lambat daftar ngan muallim boleh terus register online di web.

Yang pertama seumpamanya di Malaysia,


SPM settle. what's next?

Assalamualaikum,


Wazzap, wazzap! Kita bertemu kembali. :) maaflah ya suka menyemak dekat sini. Kesian korang semua. buka-buka blog ni saja, nama yang sama juga dekat post terkini. takpa, at least ada juga berkongsi sesuatu.


so, kali ini, title pun dah dapat agak apa entry ni nak cakap. 


SPM settle. next? bagi sesetengah orang, sebelum SPM lagi diorang dah tahu apa diorang nak buat. dah besar nanti, nak jadi doktorlah. askar, engineer, penyanyi, pelakon dan sebagainya. setengah orang apa yang diorang kata masa kecil dulu, itulah penghujungnya. bagi setengah pula, bertukar-tukar ikut tahun, ikut apa rancangan TV popular. kalau masa itu CSI popular, nak jadi ahli forensik. kalau grey's anatomy, doktor pun layan juga ni. 


and now, I am talking about those small groups of uncertainty. 


serius tak tipu, i'm among those small groups. yup, that's me in the middle of the group. masa sekolah rendah, adalah doktor dengan tentera dalam kamus. lepas itu beralih sikit, masa zaman CSI, ahli forensik atau doktor. dah dekat-dekat nak keluar zaman sekolah, forensik, biologist, doktor. and look at me now. where i'm heading too? kalau sekarang kita ada industri hiburan - penyanyi, pelakon. my industry is what people considered as creative industry. pernah terfikir nak jadi grafik designer satu hari nanti? tak pernah. langsung tak pernah ada dalam kamus hidup. nak kata pandai lukis, apalah sangat. sampai sekarang tak hebat mana. so, macamana ni? macamana boleh terjebak dekat creative industry ni?


i just love doing it.


masa lepas SPM, banyak juga fikir. walaupun dari segi luaran, orang nampak macam tengah bermalas-malasan dan memboroikan perut. tapi sebenarnya tengah berfikir. in the end, i jump into the ship of multimedia. jangan salah anggap. mutimedia bukan IT dan IT bukan multimedia. multimedia lebih kepada the creative part and IT is the one behind it. lebih kurang macam itu.


semua benda dekat dunia ni tak senang. kalau kita sambung belajar sebab benda itu senang, what's the point then? life is about taking chance. semua benda kita buat ada sebab dia dan akan ada balasan dia. jadi, should there be any 'easy' stuff? makan pun susah. memanglah kalau kita fikir, ambil makanan, masuk mulut, telan. memang senang. cuba fikir macam ni, masa tangan kita gerak nak ambil makanan, berapa puluh ribu neuron dalam kepala berfungsi? otot-otot tangan pula, biseps triseps yang bergerak. bila dah masuk mulut, tengah kunyah, air liur yg terhasil, kandungan enzim dalam air liur. dan telan nanti, masuk usus, ada lagi enzim, dan seterunya. cuba fikir macam itu, senang tak?


kalau orang kata, jangan ambil ni, sebab orang kata tu. jadi? 


jadi grafik designer ni, ingat senang. first thing yang biasa orang tanya bila tahu we're shipping towards a graphic designer ialah, nanti kerja apa ek? the impressions of some people is that, being a graphic designer is tak ada apa-apa. ingat senang bila orang cakap macam tu? sesetengah member jadi panik bila orang cakap macam tu. some even fell on their knees. takut. 


yelah, grafik designer duduk depan komputer saja. tak sihat. bila buat kerja, of courselah. bila buat kerja, rekod peribadi setakat ini, seminggu tak tidur. but still, i'm leaving a healthy life. main futsal. main bola padang. siap ada team lagi (main position LB/RB), pergi wall climbing, backpackers lagi. still, healthykan? whatever people say, i put it aside. dengar apa mereka cakap, angguk-angguk sikit (bukan tanda setuju), saja angguk kasi dia cepat habis, dah habis, simpan poket, dah. esok lusa dah lupa, dapat lagi benda sama lepas itu. because i love and believe in what i do. 


mungkin muallim boleh bagi pendapat muallim. kenapa muallim jadi cikgu dan belajar apa yang muallim belajar dekat universiti. :D 


this is only my personal opinions. the decisions is in our hand. mungkin ada salah dan ada silap dia. but from personal experiences, this is what i have. tanya muallim. dia dah lagi lama mengharungi liku-liku perjalanan (ayat nak skema ja :D), mungkin muallim ada perkara yang lagi best nak kongsi. 


sekian wassalam.


if you’re not scared, you’re not taking a chance and if you’re not taking a chance, then, what are you doing?


Hidayat Jamalolail
Bachelors of Multimedia (Hons) Media Innovation
Multimedia University, Cyberjaya

p/s: maaflah kalau ada pengguna bahasa yang agak kasar ya. :)