Assalamualaikum,
Pertama sekali, menyusun 10 jari memohon kemaafan sebab menghilangkan, menyepikan diri buat sekian lamanya. Bukan sengaja untuk melarikan diri dari GELURA ini, tapi terlalu asyik menumpukan perhatian terhadap perkara lain.
Sebagaimana yang umum tidak tahu, ana sekarang berada dalam Final Year dekat MMU, jadi agak sibuk dengan Final Year Project dan thesis researchnya lagi. bukan sengaja untuk ana melarikan diri dari GELURA tapi hanya terlalu sangat menumpukan perhatian untuk buat yang terbaik.
Jadi, to make things right, sudilah untuk korang semua membaca serba sedikit dari ana ini ya. maaflah ilmu tak adalah tinggi sangat. tak hebat untuk mengeluarkan petikan-petikan ayat Quran atau hadis. tapi, masih cuba yg terbaik. dan juga, mind the language kalau-kalau ada sedikit kedengaran terkasar. :)
di petik dari satu dialog,
if you're not scared, you're not taking a chance and if you're not taking a chance, then what are you doing?
when i heard this, it makes me think. he's right. maksud ana, cuba tengok masa SPM dulu atau SPM sekarang (bagi yg tgh exam), do/did we feel scared? takut itu ada bukan? sepanjang masa. 3 bulan sebulan SPM, muallim/ah dah sibuk bagi contoh-contoh soalan dari negeri-negeri lain. dalam seminggu tu, bukan mainlah sampai 4-5 jenis paper untuk satu subjek sahaja. kalau ada 12 subjek, mahulah dekat 60 jenis soalan. kan?
bila dah masuk sebulan, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur pun tak lena.
masa dah tinggal 2-3 minggu, habis semua jenis aktiviti lain tak sentuh. 24 jam dengan buku sajalah. but, didn't these things that we do came from the basis of feeling scared? bayangkanlah kalau perasaan takut itu tak ada, ada kisah nak baca buku? ada kisah nak buat past papers? not a bit, right? ah, lantaklah SPM, pergi enjoy lagi best.
it's this scared-thing that make us do what we are supposed to do. kalaulah manusia tak takut dengan situasi global warming yg semakin 'mengganas', ada manusia nak buat kempen against global warming? ada honda nak keluarkan kereta hibrid diorang? ada kalau kita tak takut dengan FAIL, kita nak belajar sampai lebam-lebam mata.
kadang-kadang perasaan takut ini penting.
tapi jangan sampai, takut ni buat kita panik. alamak, seminggu nak SPM-lah. banyak dah ke aku belajar ni? topik ni belum cover, topik tu pula, semalam macam banyak salah. alamak macam mana ni. jangan panik. macam orang selalu kata, chill sudah! :) jangan sampai takut tu take over. susah nak jadi kerja kalau macam tu. believe me not. dan SPM ni baru permulaan. there's a lot more waiting outside. kalau kita kantui SPM pun, it doesn't mean it's the end of the world. tapi, bukanlah bermakna SPM tu kita ambil mudah. kalau kita dah cuba yg terbaik, there's nothing to be afraid of. if we doesn't get what we wanted after all the hard work, maybe God have something else instored for us. kita tak tahu.
jangan anggap gagal tu macam penghujung dunia. cuba anggap gagal tu macam kejayaan; tapi dari belakang. kadang-kadang gagal tu perlu, sebab dari gagal kita boleh nampak mana kurang kita. ana pun pernah gagal beberapa kali. berapa kali dah idea dok kena reject dengan lecturer tapi akhirnya dapat juga keluarkan design yang agak best. FYP ni, idea dah banyak keluar, tapi tak approve-approve lagi dari lecturer, submission 22hb. kalau ikutkan setengah orang, dah turning blue dah ni. turning blue tu kira macam istilah sopan-santun sikit untuk i'm dead lah. ni FYP ni. graduate atau tak bergantung dekat sinilah. kalau fail, kena tunggu sampai 2011lah baru graduate. takkan nak melangut dekat sini lagi extra setahun. plan nak sambung Master dekat UK/Aussie/NZ tu macamana pula nanti. lagi cuak.
tapi sebab rasa takut itulah yang buatkan ana bergerak. gerak sikit-sikit, tak apa. janji ada pergerakan.
nampak tak the idea. The Scare-dy Cat Theory i call it. jangan search dekat Google pula teori ni, memang tak jumpalah. ni teori kepala sendiri saja. :D jadi kesimpulannya, jangan takut untuk rasa takut.
dan kepada budak-budak SPM 2009 termasuklah my sister sendiri, all the best (walaupun dah macam agak terlambat.hihi). bila dah habis last paper nanti, tenung lama-lama buku tu (5 minit digalakkan), lepas tu letak buku tu dalam kotak, gam dengan duct-tape, tanam 20-30 meter bawah tanah atau letak dalam-dalam atas almari stor. jangan pandang belakang dah, kunci pintu stor, keep looking forward. apa result dapat nanti, itulah dia. that's it i'm done with SPM and now, what's next? Medic, engineering, IT, Graphic Designer, biotech? pilihlah mana suka. your choice.
Boleh? :)
Sekian,
Terima kasih.
Hidayat Jamalolail.
Multimedia University, Cyberjaya.
Bachelor of Multimedia (Hons) Media Innovation.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment