Gerakan Alumni Hira'

Singkatan dikenali sebagai GELURA

Fellow Alumni(s)

Assalamualaikum,

Pertama sekali, nak ucapkan setinggi-tinggi tahniahlah ya kepada semua budak-budak SPM 2009 termasuk adik ana sendiri. Congratz, congratz. Merdeka juga korang semua akhirnya. Rasa beban kat bahu hilang dahkan. Yang tak cukup tidur, ganti-gantikan. Puas-puaskan tengok tv banyak-banyak. Yang lelaki pula, berjagalah malam-malam korang tengok EPL. hehe :). tapi, jangan sampai terlupa perkara-perkara wajib pula ya.

baiklah, since dah 'percuma' ni, perkara pertama sekali, meeting untuk AJK alumni. adik ana yang dah bising dah sibuk SMS tanya. mentang-mentang merangkap naib pengerusi. haih. -__-

buat masa ini, ana agak sibuk dengan final dekat MMU. final projek. seminggu dah tak tidur betul-betul ni. kerja dengan 3D, flash, kena buat web dan sebagainya. jadi, buat masa ini susah sikit nak berkomunikasi. jadi, apa-apa minta naib pengerusi dan AJK-AJK lain handle sekejap. plan sahaja dulu pun tak apa janji ada something happening. dan ini bukan bermakna ana melepas tangan sahaja. just untuk sementara waktu. InsyaAllah menjelang 2010, dah cuti dah MMU. yeayyy! :D

jadi, kalau ada apa-apa nak plan, berbincanglah sesama korang dulu. jumpa-jumpa dekat mamak ke. tak payah formal pun tak apa. nak bincang dengan diri sendiri pun tak apa. lepas tu post dekat blog ini. kalau yang tak ada access, email sahaja dekat gelura.hirasa@gmail.com, email rasmi GELURA. kepada moderator lain, tgk dekat draft blog ni ada satu topik ana dah letakkan password untuk email ni.

kesimpulannya, kepada SPM-ians 2009, enjoy kehidupan bebas anda selaku bukan pelajar sekolah lagi dah dan bersedia untuk menghadapi dunia baru. you'll be surprised of what the world has installed fou you guys. ;) anyway, feel free untuk 'menjerit' dekat shoutbox tepi ini dan emelkan saja apa-apa idea bernas yang ada dalam kepala.

Sekian, wassalam.

Hidayat Jamalolail
Bachelor of Multimedia (Hons) Media Innovation
Multimedia University, Cyberjaya.

p/s: terfikir untuk buat pertandingan mencipta logo GELURA. apa kata anda? pemenang dia akan dapat melihat logo ciptaan beliau di gunakan sebagai logo rasmi. terfikir idea saja. :D

A Callback To All

dedikasi khas untuk semua bekas pelajar Hirasa' even if it was just for one day




let's know something..
  • Havard Alumni Association (HAA) has sixty percent of their alumni members that donates consistently for the Unicersity which in practical plays the main role to supply financial aid for the University.. wow. what BIG pockets they have. Frankly, it's their BIG heart to do something for their school.
  • Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR). their alumni gives consistent financial aid.. human resource.. technical support.. and handles kokurikulum activities for the students. In practical.. their alumni's are half teachers.. quarter admin.. quarter etc.

let's go more closer..

  • Alumni Al-Amin Gombak. An alumni. which has a pose in the admin. makes way for other alumnees to give slots of tarbiyah such as daurah and katibah.
  • Alumni Al-Amin Bangi. Assist in most of the school's program such as Majlis Malam Amal (dinner tables for donation). This year, they make the official tarbiyah support such as human resource for nuqaba'. and you can always see the previous ketua umum as the muallim for the next year.

Point..

tukar mode kpd bahasa Melayu

Sungguh. Ini hanya fakta yang baru sedikit. tp jelas menunjukkan peranan serta keperluan sumbangan khidmat bakti para alumni untuk kemandirian sekolah mereka. Seriously. what drives them in such a way? Jawabnya. kefahaman bahawa kembali berbakti itu sebuah keperluan. sebuah peranan.

Fasa di bumi Hira'. sungguh. fasa itu seribu makna. celikkan mata yang berada di dalam jiwa. mata hati.

Di bumi Hira'. khazanahnya adalah tarbiyah. Justeru. kita mengenal Allah. Justeru. kita mengenal hakikat diri dan alam dicipta. Justeru. kita jelas tujuan kehidupan. Which in practical, tarbiyah is the most biggest drive. more bigger than anything else. Maka. pada siapa harus disandarkan harapan utk meneruskn pentarbiyahan jiwa di Hira'? meneruskan pentarbiyahan jiwa kita yang sudah 'beralih fasa'? Entiti tarbiyah yg berbaki dalam diri. itulah yg mencambahkn tarbiyah semula untuk suluh kehidupan kita. Cuma. perlu baja. perlu siram. perlu sinar matahari. Pada masa yg sama. titipkan tarbiyah untuk orang lain. adik-adik di bumi Hira' pertama-tamanya. A seed. after all the soil. the water. the sunlight. when it grows to a tree. it then gives oxygen to the ones who seed it and everyone else around.

Maka. selayaknya para alumni yang bersyukur atas tarbiyah dirinya. kembali berbakti pada bumi tarbiyahnya. Trust and believe. Alumni bisa menjadi entiti yang kuat dalam usaha menyokong survival sistem pendidikan Islam yang bersepadu khusunya di bumi Hira'. Lets! Mara bergerak ke barisan paling hadapan yang memulakan budaya murni ini. biar budaya ini mengakar dalam jiwa kita. dan menjadi imbuhan kecil di neraca akhirat.

tukar mode kpd Bhs Inggeris

This is a callback for everyone that has even the least bit of Hira' in their hearts. also for those who kinda say:

  • "ade orang ingat lagi ke aku ni?"
  • "rasa cam. oddla. lama tak jumpa."

Your respond

What you can do to respond to this callback are as follows.

  • Give a shout out (in the chatbox)
  • Simply send an email,make yourself usefull and give your database.

(p.s: credits to pengerusi. for his comitment)

Goodbye 2009.

Assalamualaikum,

Pertama sekali, menyusun 10 jari memohon kemaafan sebab menghilangkan, menyepikan diri buat sekian lamanya. Bukan sengaja untuk melarikan diri dari GELURA ini, tapi terlalu asyik menumpukan perhatian terhadap perkara lain.

Sebagaimana yang umum tidak tahu, ana sekarang berada dalam Final Year dekat MMU, jadi agak sibuk dengan Final Year Project dan thesis researchnya lagi. bukan sengaja untuk ana melarikan diri dari GELURA tapi hanya terlalu sangat menumpukan perhatian untuk buat yang terbaik.

Jadi, to make things right, sudilah untuk korang semua membaca serba sedikit dari ana ini ya. maaflah ilmu tak adalah tinggi sangat. tak hebat untuk mengeluarkan petikan-petikan ayat Quran atau hadis. tapi, masih cuba yg terbaik. dan juga, mind the language kalau-kalau ada sedikit kedengaran terkasar. :)

di petik dari satu dialog,

if you're not scared, you're not taking a chance and if you're not taking a chance, then what are you doing?

when i heard this, it makes me think. he's right. maksud ana, cuba tengok masa SPM dulu atau SPM sekarang (bagi yg tgh exam), do/did we feel scared? takut itu ada bukan? sepanjang masa. 3 bulan sebulan SPM, muallim/ah dah sibuk bagi contoh-contoh soalan dari negeri-negeri lain. dalam seminggu tu, bukan mainlah sampai 4-5 jenis paper untuk satu subjek sahaja. kalau ada 12 subjek, mahulah dekat 60 jenis soalan. kan?

bila dah masuk sebulan, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur pun tak lena.

masa dah tinggal 2-3 minggu, habis semua jenis aktiviti lain tak sentuh. 24 jam dengan buku sajalah. but, didn't these things that we do came from the basis of feeling scared? bayangkanlah kalau perasaan takut itu tak ada, ada kisah nak baca buku? ada kisah nak buat past papers? not a bit, right? ah, lantaklah SPM, pergi enjoy lagi best.

it's this scared-thing that make us do what we are supposed to do. kalaulah manusia tak takut dengan situasi global warming yg semakin 'mengganas', ada manusia nak buat kempen against global warming? ada honda nak keluarkan kereta hibrid diorang? ada kalau kita tak takut dengan FAIL, kita nak belajar sampai lebam-lebam mata.

kadang-kadang perasaan takut ini penting.

tapi jangan sampai, takut ni buat kita panik. alamak, seminggu nak SPM-lah. banyak dah ke aku belajar ni? topik ni belum cover, topik tu pula, semalam macam banyak salah. alamak macam mana ni. jangan panik. macam orang selalu kata, chill sudah! :) jangan sampai takut tu take over. susah nak jadi kerja kalau macam tu. believe me not. dan SPM ni baru permulaan. there's a lot more waiting outside. kalau kita kantui SPM pun, it doesn't mean it's the end of the world. tapi, bukanlah bermakna SPM tu kita ambil mudah. kalau kita dah cuba yg terbaik, there's nothing to be afraid of. if we doesn't get what we wanted after all the hard work, maybe God have something else instored for us. kita tak tahu.

jangan anggap gagal tu macam penghujung dunia. cuba anggap gagal tu macam kejayaan; tapi dari belakang. kadang-kadang gagal tu perlu, sebab dari gagal kita boleh nampak mana kurang kita. ana pun pernah gagal beberapa kali. berapa kali dah idea dok kena reject dengan lecturer tapi akhirnya dapat juga keluarkan design yang agak best. FYP ni, idea dah banyak keluar, tapi tak approve-approve lagi dari lecturer, submission 22hb. kalau ikutkan setengah orang, dah turning blue dah ni. turning blue tu kira macam istilah sopan-santun sikit untuk i'm dead lah. ni FYP ni. graduate atau tak bergantung dekat sinilah. kalau fail, kena tunggu sampai 2011lah baru graduate. takkan nak melangut dekat sini lagi extra setahun. plan nak sambung Master dekat UK/Aussie/NZ tu macamana pula nanti. lagi cuak.

tapi sebab rasa takut itulah yang buatkan ana bergerak. gerak sikit-sikit, tak apa. janji ada pergerakan.

nampak tak the idea. The Scare-dy Cat Theory i call it. jangan search dekat Google pula teori ni, memang tak jumpalah. ni teori kepala sendiri saja. :D jadi kesimpulannya, jangan takut untuk rasa takut.

dan kepada budak-budak SPM 2009 termasuklah my sister sendiri, all the best (walaupun dah macam agak terlambat.hihi). bila dah habis last paper nanti, tenung lama-lama buku tu (5 minit digalakkan), lepas tu letak buku tu dalam kotak, gam dengan duct-tape, tanam 20-30 meter bawah tanah atau letak dalam-dalam atas almari stor. jangan pandang belakang dah, kunci pintu stor, keep looking forward. apa result dapat nanti, itulah dia. that's it i'm done with SPM and now, what's next? Medic, engineering, IT, Graphic Designer, biotech? pilihlah mana suka. your choice.

Boleh? :)

Sekian,
Terima kasih.

Hidayat Jamalolail.
Multimedia University, Cyberjaya.
Bachelor of Multimedia (Hons) Media Innovation.


Something to Think About..

As salamu alaykum Izyana,
You may know someone who is studying for final exams these days. Final exams are always a nice time to focus on the true exam of life.
1. In school, you can often redo your exam if you fail. In the hereafter, if one fails there is no going back.
2. In school, you often do not know what questions will be asked. In the hereafter, there are only 3 questions: Who is your Lord? What is your Deen? And who is this man who was sent to you? But the answers are answers you live by.
3. In school, we stay up at night to prepare for the exam the next day. So too in Allah's exam, we should be staying up in night prayers.
4. In school, we pray and hope and work for an outstanding mark. So too should be our attitude towards Allah's exam.
5. In school, when we get a great mark, we erupt with happiness. So too will the believers erupt in happiness when they get their books in their right hands. Work for it.
6. In school, when we get a bad mark, sadness can be seen on our faces, and we dislike to face others. So too in the hereafter. Protect yourself from that.
7. During a school exam, you cannot ask anyone for help. In the hereafter, you can prepare from now to get assistance from Allah's Messenger, the Quran, and other ways of intercession.
8. In school, when exam time draws near, we banish distractions to focus on what is really important. In Allah's exam, isn't death within 1 heart beat? Banish distractions and focus.
9. In school, until exam results come out, we worry about the result. In Allah's exam, we don't know what our result will be, so we spend our days in hope and worry until the results come out.
With best wishes to see you succeed at the highest level!
-Muhammad Alshareef
Email ni ana subsribe dr http://www.successinislam.com/.
Sungguh. mendalam maknanya. bile renung balik hari-hari yang berlalu. seribu daya dikudratkan untuk sit for the spm papers. dan alhamdulillah puas menjawabnya. dan kini hanya berbaki lg dua. insyaAllah. Islam boleh! satu perkara yang patut kt ingat di kala menghembus nafas lega selesai paper, ijtahada! teruskan kerajinan! teruskan meniti lagak orang mahu periksa! seribu daya lagi perlu dikudratkan untuk meniti ujian Allah yang akan tiba. Tuntasnya, kita sebenarnya sememangnya perlu membuat persediaan. Persediaan untuk hadapi ujian yang teragung sekali. Ujian yang ini, indahnya kekal abadi. padahnya juga kekal abadi.
enough said.
*ps: bittaufiq wannajah untuk semua!

KEM LEPASAN SPM 09

Salam sejahtera semua..

satu hebahan penting kepada semua..

ANDA ada adik baru lepas ambik SPM thn ni?

ANDA ada junior2 di sekolah yang baru lepas SPM?

ANDA ada adik kepada kawan2 ANDA yang baru lepas SPM?

ANDA ada sahabat kepada adik kawan ANDA yang mempunyai kawan2nya di sekolah yang sudah melalui peperiksaan SPM ?

ANDA sendiri sedang menduduki SPM,dan masih terpinga-pinga, blur,kelabu pekat,silau tentang masa depan,ke mana hala tuju dan arah yang perlu diikuti?

Jika ANDA IALAH "ANDA' DI ATAS,ANDALAH YANG KAMI CARI!-

Teruskan Membaca hingga akhir entry,pasti ANDA tak rugi,dunia akhirat InsyaALlah!

Persoalan2 bagi para pelajar sejurus selepas SPM :

Course apakah yang terbaik beradasarkan sifat,karakter dan keupayaan diri ?

Di manakah tempat terbaik untuk menyambung pelajaran?

BAGAIMANA anda hendak mencari peluang2 untuk mendapat tempat di Uni2 terbaik di dalam atau di luar negara?

APAKAH prosedur2 untuk MEMOHON?apa tips2nya?

DARI MANAKAH tajaan2 serta biasiswa2 boleh dipohon?apa lubang2 yang ada?

Siapakah orang yang dapat dikongsi dan diminta pendapat berkenaan jurusan2 yang ditawarkan?

TEMUI KAMI SECARA LIVE....

MEREKA YANG TELAH BERJAYA MENEMPUH ALAM UNIVERSITI.. .

DARI DALAM NEGARA & LUAR NEGARA..

INILAH....

Program yang dinanti2kan para lepasan SPM...

didatangkan lagi pada tahun ini-siri ke 5

JAWAPAN kepada semua persoalan di atas,segalanya akan dikupas satu persatu...pasti ANDA AKAN MENEMUI JAWAPANNYA!

"Kem Lepasan SPM 2009"(KLSPM)

Dengan izinNya,satu- satunya Program yang pasti membawa anda ke satu dimensi baru,perspektif yang bakal mencorak masa depan anda yang lebih cemerlang dan terpandu,dengan satu matlamat yang jelas!

Ayuh!

LAYARI

www.kemlepasanspm.blogspot.com


akan menggegarkan ANDA pada :

25 - 27 DISEMBER 2009

bertempat di :

Kem NUR SUNGAI MERAB,KAJANG

Yuran penyertaan :

RM80. SHJ

(termasuk kos tempat tinggal,transport dr pick point,bahan2 kursus,makan minum,Sijil penyertaan)

Anjuran :

PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL(PEMBINA)

penyertaan terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM,tetapi jumlah hanya terhad kepada 100 tempat sahaja.

**Pakej diskaun yang menarik akan diberikan kepada pendaftaran secara berkelompok

DAFTARLAH SEKARANG!!!

HUBUNGI wakil KAMI :

EN.FAIRUL : 013-6616676

PN.NORLI : 013-6618698



"Tuluslah dengan Tuhan,teluslah dengan manusia"

Maan Najah Fil Imtihan

salam buat warga Alumni Hira' sekalian...

Moga dirahmati Allah hendaknya...
di kesempatan ini muallim wakil sekolah Hira' Shah Alam mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha dan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1431 akan datang.Semoga Allah memberkati segala amalan kita dahulu ,kini dan akan datang.Aamin....

Di kesempatan ini juga, muallim mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada lepasan Hira' yang sekarang bertungkus -lumus mengharungi jihad ilmi ,iaitu sedang bertarung dengan peperiksaan SPM , Moga dipermudahkan menjawab soalan dan diberikan ketenangan oleh Allah swt..InsyaAllah..

Bagi pelajar yang bercuti,

Harap antum semua dapat bahagikan masa dengan baik.Isikan masa antum dengan perkara berfaedah.
INGATLAH ...semua
Jika kita tidak mengisi masa lapang kita dengan perkara yang berfaedah dari sudut agama ,diri dan kehidupan duniawi..maka Syaitan dan ejen-ejennya akan tetap mengambil kesempatan peluang itu untuk mengisikan program-program sponsor tajaannya ke arah kehancuran moral ,akhlak dan akidah dan meracuni Iman dan minda kita.
JADI ,BERWASPADALAH! JANGANLAH KITA LEKA WALAUPUN SESAAT PUN!

Disini juga muallim mewakili Persatuan Belia Islam Nasional ,ingin membuat promosi awal tentang KEM LEPASAN SPM09,seperti yg dilampirkan di sini.KLSPM Nie dah masuk kali ke 5 penganjurannya.Satu program yang sangat baik,feedback daripada peserta amat menggalakkan.Muallim rasa program nie memang sesuai untuk semua lepasan SPM ,yang ingin mengetahui halatuju dengan lebih jelas lagi.Bagi lepasan SPM Terutamanya ALUMNI Hira' Muallim rasa cukup rugi jika terlepas program sebegini.Apa Lagi ...Jangan tunggu lagi...ALUMNI SPM 09 ,boleh refer muallim jika ingin mendaftar,call muallim terus.di talian 013-6616676..

Akhir Kalam ,Muallim memohon maaf di atas ketidakprihatinan muallim terhadap ALUMNI ini.Atas komitmen lain yang banyak muallim tak dapat nak fokus GELURA ini.
a'la kullihal,GELURA tetap kena diteruskan.satu perkembangan yang baik muallim rasa setakat ini.Mantap...Cumanya minta pengerusi GELURA kembali fikirkan apa next step selepas perjumpaan yang lalu yang muallim rasa dah hampir 5 bulan yang lalu...


sekian,
salam kemaafan,

Muallim Mohd Fairul Nafazli Bin Md Nazin
Penasihat GELURA

Kem Lepasan SPM 2009

Hipokrit dengan Allah?

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini, manusia banyak melakukan perkara-perkara nifaq yang jarang untuk mereka sedari. Hipokrit merupakan satu perkataan yang boleh disinonimkan dengan sifat munafik. Hipokrit dengan manusia pasti dibenci maka hipokrit dengan Allah, tunggu saja azabnya.

"Sesungguhnya orang-orang munafiq itu di tingkatan neraka yang paling bawah"
Al-Quran




Sakit perut = sakit hati, betul ke?


Nifaq itu boleh diumpamakan seperti kita beramal tanpa ilmu. Orang yang beramal tanpa ilmu tidak pernah tahu sama ada perkara yang dia amalkan itu betul/salah/sah atau batal dalam agama. Begitu juga nifaq, si pelakunya terkadang tidak menyedari yang dia lakukan itu nifaq. Maka eloklah ana bawakan contoh perlakuan yang menghampiri kepada nifaq walaupun mungkin hal-hal ini bukan taraf nifaq/layak digelar hipokrit sahaja. Yang jelasnya, ia memang bukan haq Allah daripada hamba-hambanya dan ia memang dipandang buruk oleh akal yang sihat.

1. Taqarrub ilallah hanya ketika nak periksa. Ini merupakan penipuan dalam ibadah seorang hamba malah ia suatu pendustaan terhadap agama. Perhatikan 'hanya' yang digunakan. Ia bermaksud seseorang itu hanya beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah hanya ketika inginkan hajatnya tercapai. Sejurus selepas hajatnya tercapai, hubungannya dengan Allah tunggang langgang, seolah-olah dia menganggap Allah itu seperti suatu 'alat' untuk kepentingan dirinya sendiri. Namun, tidaklah menjadi kesalahan sekiranya dia 'lebih' taqarrub pada Allah ketika berhajat dan pada masa lain, dia masih menjaga hubungan dengan Allah, cuma lebih dia taqarrub ketika berhajat. Apapun, misi seorang hamba itu sepanjang hayat. Kita bukan tahu kita akan mati bila. Tak semestinya time periksa. Kan?

2. Baik ketika bersama suatu golongan, buruk ketika bersama yang lain. Manusia mudah terkesan dengan masyarakat persekitaran yang digaulinya. Memang ini suatu sifat yang perlu ana akui, ana sendiri pernah mempunyainya. Namun, sifat seorang muslim sejati itu tetap, istiqamah. Akhlaknya tetap mulia, beradab, sopan, sentiasa zikrullah walaupun diancam keras atau dipujuk lembut. Hati inilah yang kita perlu usahakan , kerana itulah hakikat perjuangan seorang hamba; yakni tahap muttaqin. Kita bersama-sama berusaha..

3.Ajak orang lebih2, dia sendiri tak buat.

"Apakah kamu mengajak manusia melakukan kebaikan kemudian kamu lupa akan dirimu sendiri untuk berbuat kebaikan, sedangkan kamu membaca kitab ini? Adakah kamu tidak berfikir?"


Al-QUran

Tapi ana menulis post ini bukan bermaksud ana tak buat langsung perkara2 di atas. Cumanya, seruan ini ana includekan untuk diri sendiri jugak. Kta sama-sama lah buang kebiasaan kita ni ye. Yang penting ada usaha.

Allahua'lam.







JERUSALEM dalam Peperangan


Gaza - Hamas menyatakan pada Ahad lepas (25 Oktober) bahawa perang Jerusalem telah bermula dan sudah tiba masanya untuk setiap orang Islam berganding bahu menggalas tanggungjawab untuk mempertahankan maruah mereka dengan apa cara sekalipun.

“Kami dalam Gerakan Penentangan Islam Hamas, akan melakukan apa sahaja yang kami termampu untuk menyokong kumpulan yang berjaya yang akan memenangi perang Jerusalem ini dan memfokuskan usaha untuk menggerakkan potensi anggota-anggota kami dan bangsa dan menghalakan ke arah musuh utama mereka, iaitu puak Zionis,” Hamas berkata dalam kenyataannya yang dibaca oleh salah seorang pemimpinnya, Dr Salah Al-Bardawil.

Pergerakan itu juga menekankan yang Israel menyerang Masjid Al-Aqsa hari ini dengan tujuan menguji keazaman dan reaksi masyarakat Palestin and umat Islam dalam rangka untuk membiasakan diri mereka terhadap serangan cubaan itu sebagai satu dari serangan ulangan agar kemarahan umat Islam dan Palestin lenyap supaya ia membolehkan Israel lambat laun menghancurkan masjid suci itu dan melenyapkannya dari peta umat Islam.

Hamas mengatakan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang dinyatakan dalam Oslo, serta beberapa negara Arab, bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada Masjid Al-Aqsa. Hamas juga menyatakan pada masa yang sama perang Jerusalem telah pun termaktub dan kemenangan sudah pasti berpihak kepada orang-orang Palestin dan juga perjuangan mereka.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum mengatakan cubaan Zionis yang berulang-ulang untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan kepungan yang dilakukan terhadap masjid itu adalah proses terancang untuk mengenakan kekuasaan Yahudi terhadap Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa sebagai tindakan awal untuk membina kuil mereka.

Barhoum berkata kepada pusat media Al-Bayan bahawa serangan ke atas masjid suci umat Islam ini tidak akan berlaku jika Amerika Syarikat tidak memberi kebenaran kepada penjajah Israel untuk melakukan jenayah dan pencabulan dan juga jika PA tidak meneruskan usaha perbincangan yang memangkinkan penceroboh Israel untuk meningkatkan lagi pencabulan terhadap wilayah penduduk Palestin dan tempat-tempat suci.

Bagi pihaknya, Sheikh Hamed Al-Beitawi yang menjadi wakil Hamas dalam badan kehakiman Palestin (PLC), memberi amaran terhadap penjajahan Israel yang berterusan dan pencabulan terhadap Bandar Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa, serta menekankan bahawa Israel membuka pintu neraka kerana mereka berani menyerang Masjid Al-Aqsa.

“Satu setengah billion orang Islam tidak akan memandang sebelah mata apabila Zionis menukar Masjid Al-Aqsa kepada synagogue atau kuil,” tegas Sheikh Betawi.

Penggubal undang-undang itu menyeru menteri-menteri kerajaan PA serta pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam untuk menghentikan segala bentuk hubungan dengan penjajah Israel dan pengurusan keselamatan bersamanya.

Dalam hal yang sama, Dr Aziz Duweik, jurucakap PLC, menyeru umat Islam supaya bangkit dengan segera untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada serangan.

“Sekaranglah masanya untuk umat Islam mengembalikan maruah dan keagungannya kerana mereka tidak harus berpeluk tubuh atau sebaliknya mereka akan ditimpa dengan kehinaan dan kerendahan selama-lamanya,” kata Dr Duweik.

Blok perubahan dan reformasi Hamas dalam sidang media memberi amaran pencabulan berterusan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa akan menyemarakkan keadaan rantau itu dan menggesa tindakan segera dilakukan untuk menghalang Israel.

Dr Yahya Moussa, ahli parlimen Hamas, berkata dalam kenyataannya kepada PIC bahawa rakyat Palestin hari ini menghadapi satu lagi jenayah Israel terhadap tanah mereka, dan keagungan sejarah dan warisan Islam mereka.

Jurucakap Hamas di tengah-tengah Gaza, Yousuf Farhat mengatakan bahawa kelemahan kedudukan Arab telah menggalakkan lagi Israel untuk melakukan serangan berterusan terhadap Masjid Al-Aqsa, dan menyeru ulama Islam dan para intelek untuk bersegera beramal dan mengisi tanggungjawab agama dan watan terhadap Masjid Al-Aqsa.

Dalam satu sidang media di Damsyik, pergerakan Hamas turut menyeru rakyat Palestin dan Arab serta umat Islam di seluruh dunia untuk menganjurkan demonstrasi bantahan terhadap keganasan yang sedang berlaku terhadap Masjid Al-Aqsa.

Sumber: The Palestinian Information Center
Penterjemah:

Mohd Zul Alwi Mat Adam
Wartawan/Penulis

__________________________________________________________________

Hamas: The battle of Jerusalem started

GAZA, (PIC) - Hamas stated on Sunday that the battle of Jerusalem has started and it is time for every Muslim to shoulder his share of responsibility in defense of his dignity by all means possible.

“We in the Islamic Resistance Movement of Hamas will do everything in our power to support the victorious group that will win the battle of Jerusalem concentrating on mobilizing the potential of our people and nation and directing them against their main opponent, which is the Zionist enemy," Hamas said in a statement read by one of its leaders Dr. Salah Al-Bardawil.

The Movement stressed that the Israeli frenzied military attack on the Aqsa Mosque today was a process of testing the will and reaction of the Palestinian people and the Muslim nation in order to accustom them to such attempts as part of a repeated scene until their anger gradually fades away so they (Israelis) can eventually demolish the holy Mosque and wipe it off the religious map of Muslims.

Hamas held the Palestinian Authority (PA), which it described as the authority of Oslo, and some Arab countries responsible for what is happening against the Aqsa Mosque, asserting at the same time that the battle of Jerusalem is decisive and the inevitable victory will be for the Palestinian people and their resistance.

For his part, Hamas spokesman Fawzi Barhoum said that the repeated Zionist attempts to storm the Aqsa Mosque and the blockade imposed on it comes in the context of a scheme aimed to impose Jewish sovereignty over Jerusalem and the Mosque as a prelude to building the alleged temple.

Spokesman Barhoum told Al-Bayan media center that this attack on the holy Mosque would have not happened if the US had not given the Israeli occupation a green light to commit such crimes and violations and the PA had not persisted in its negotiations that encouraged the occupation to escalate its violations against the Palestinian land and holy places.

The spokesman added that no one is exempted from defending and protecting the Aqsa Mosque, calling for unleashing the hand of the Palestinian resistance in the West Bank to get the real battle started.

For his part, Sheikh Hamed Al-Beitawi, a representative of Hamas in the Palestinian legislative council (PLC), warned the Israeli occupation of persisting in its violations against the occupied city of Jerusalem and the Aqsa Mosque, stressing that Israel opened the gates of hell when it dared to attack the Aqsa Mosque.

“One billion and a half Muslims will not condone that the Zionists turn the Aqsa Mosque into a synagogue or an alleged temple,” Sheikh Beitawi underscored.

The lawmaker called on PA officials, Arab and Muslim leaders to stop all forms of normalization with the Israeli occupation and stop any security coordination with it.

In the same context, Dr. Aziz Dweik, the speaker of the PLC, called on the Muslim nation to uprise urgently and immediately in defense of the Aqsa Mosque under attack.

“It is time for the nation to restore its dignity and prestige because it must not stay passive more than that or else it will be chased by shame and disgrace for ever,” Dr. Dweik said.

The Hamas change and reform parliamentary bloc, for its part, warned in a press release that Israel’s repeated violations against the Aqsa Mosque would trigger the situation in the whole region and called for immediate action to curb Israel.

For his part, Dr. Yahya Moussa, a member of Hamas parliamentary bloc, said in a statement to the PIC that the Palestinian people is facing today another Israeli crime committed against their land and their historical and Islamic legacy.

Hamas spokesman in central Gaza Yousuf Farhat, for his part, stated that the weakness of the Arab position encouraged Israel to carry out its repeated attacks on the Aqsa Mosque, calling on Muslim scholars and intellectuals to urgently move and assume their religious and national role towards the Mosque.

In a press release in Damascus, the Movement of Hamas also called on the Palestinian people and all Arab and Muslim peoples all over the world to organize angry marches in protest at the ongoing wanton aggression on the Aqsa Mosque.

Perutusan Eid Mubarak


Assalamualaikum warahmatullah

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahi Alhamdu.

AlhamdulIllah, pertama dan selama-lamanya setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah swt di atas nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala aalihi wa sohbihi wasallam.

ALHAMDULILLAH. Setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam yang telah menganugerahkan nikmat kesejahteraan, umur yang panjang dan kesihatan yang baik sehingga kita masih lagi berkesempatan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini dan seterusnya merayakan aidilfitri yang bakal menjelang. Mengharungi berbagai cabaran dan dugaan melalui ibadah puasa sepanjang sebulan Ramadhan sesungguhnya banyak memberikan pengajaran kepada kita untuk menjadi hamba Allah yang semakin baik berbanding masa-masa yang lepas. Kebaikan ini bukan sahaja kepada diri sendiri, malah diharapkan dapat melimpahkan manafaat kepada kesejahteraan masyarakat serta seluruh isi alam ini.

Kita sudah menghampiri penghujung Ramadhan ,dan ianya bakal meninggalkan kita. Terlalu cepat ia berlalu pergi tanpa kita sedari . Alangkah beruntungnya mereka yang benar-benar memanfaatkan bulan ini dengan memperbanyakkan amalan dan menghimpunkan sebanyak mungkin kebaikan .Sebaliknya rugilah mereka yang mempersia-siakannya atau menyambutnya dengan sambil lewa.
Kepada hamba yang taat ,jelas terpancar seri di wajah-wajah mereka menantikan Youmul Ja’izah (hari penganugerahan ).Benarlah sabda junjungan besar Nabi Muhammad saw yang menyatakan:
“Bagi mereka yang berpuasa itu ada dua kegembiraan ;pertama sewaktu berbuka dan yang kedua sewaktu bertemu dengan Allah Azza Wajalla.”
Sedangkan mereka yang engkar ,di wajah mereka terbayang rasa penyesalan dan kesungulan

Warga Hira' sekalian,
Saya menyeru dan seringkali mengingatkan akan diri ini dan seluruh warga Hira 'supaya kesan daripada tarbiyyah Ramadhan ini ,membuatkan kita bertambah semangat dan meneruskan amalan kita di bulan ini pada bulan yang lain-lain, jika dalam bulan ramadhan ini kita dapat lakukan kenapa tidak di bulan yang lain-lain.Jangan biarkan amalan kebaikan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan berhenti setakat itu sahaja ,jadikanlah ia amalan yang konsisten sepanjang tahun.
1 Syawal akan menanti ,janganlah kita lupa ziarah menziarahi kaum keluarga, sanak saudara, malah sahabat handai serta saudara seIslam yang lain, bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita.Sehubungan dengan itu juga , bulan Syawal ini juga sewajarnya kita mengambil peluang untuk kita berpuasa sunat 6 hari sebagai kesinambungan puasa kita di bulan Ramadhan, seperti mana hadis Nabi saw, dari Abu Ayyub Al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari berpuasa di bulan syawal, dia seolah-olah berpuasa selama setahun.” (Hadith Sahih Muslim)


Warga Hira' sekalian,

Akhir kalam ,sempena kedatangan Syawal yang mulia ini ,saya dari pihak sekolah Hira' ingin memohon kemaafan diatas kesilapan yang pernah dilakukan sepanjang berada di sekolah mahupun di luar sekolah ini.Tahniah dan Selamat Hari Raya kepada anda semua dengan iringan doa semoga Allah menerima ibadah puasa kita ,qiam kita dan segala amal kebaikan yang kita lakukan sepanjang ramadhan yang lalu.
“Ya Allah terimalah Ramadhan yang kami lalui ini sebagai amalan ikhlas dari kami dan jadikanlah kami dari kalangan mereka yang dibebaskan daripada api neraka.Semoga Allah menemukan kita lagi dengan Ramadhan yang akan datang.”

Salam Eidulfitri kami ucapkan kepada semua.
Kullu 'aam, wa antum bikhair.

Assalamualaikum semua.
Ramadhan tahun ini sudah tiba.
Uniknya, bulan Ramadhan pada tahun ini berlangsung dalam bulan kemerdekaan.
Ulang tahun kemerdekaan ke-52.

~

Merdeka= bebas dan berkemampuan untuk melakukan sesuatu tanpa ada halangan oleh sesuatu.
-Kamus Dewan Edisi Empat

Istilah Merdeka Dalam Islam= bebas daripada maksiat, pengaruh barat dan berkemampuan untuk melakukan ibadah dengan khusyu', ikhlas, dan sempurna.
-Saya Punya Kamus

Sudah 52 tahun negara kita merdeka, pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, merdekakah kita?

Mungkin negara kita sudah merdeka, tetapi kita?

~

Umumnya, pada bulan Ramadhan, setiap umat Islam berpuasa.

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
Al-Baqarah:183

Apabila kita berpuasa dengan sempurna, insyaAllah kita tergolong dalam kalangan orang-orang bertaqwa.
Apabila kita bertaqwa, sudah tentu kita akan melakukan ibadah-ibadah dengan sempurna.
Dan apabila kita bertaqwa, sudah tentu kita akan menjauhi perkara-perkara maksiat.
Oleh yang demikian, kita akan kecapi kemerdekaan sebenar.


Sempena bulan Ramadhan ini, marilah kita memerdekakan diri kita dengan melakukan ibadah dengan ikhlas dan sempurna. (x

Miracle of Islam

Jika sebelum ini the western world menjadi bahan rujukan pemikiran kita,namun dengan fakta dan statistik di atas diharapkan dapat membuka tirai kacamata kita kabur dan taksub nya kita dengan barat.

Hanya dengan Islam sahaja,segala mehnah masalah dapat dirungkai.Tiada cara lain lagi. moga-moga bermanfaat.Wallahualam

-danial-

GELURA : kami berjaya!!






Salam.

Alhamdulillah. Agenda yang dirancang selama ini telah berjaya. Buat pertama dan julung kalinya, GELURA telah menganjurkan reunion alumni bagi kesemua bekas pelajar SMI Hira' Shah Alam di sebuah dewan yang tak pernah padat walau dihuni ramai manusia; dewan Ibnu Sina, SMI Hira' Shah Alam. Reunion in telah disempurnakan seiring dengan heningnya pagi 31 Mei 2009.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Al-Furqan oleh al-akh aiman, dan dipengerusikan oleh al-akh haikal zubir. Credit to those two kerana membidan terjunkan diri-diri mereka. Kami telah disajikan ucapan dari tokoh2 IPH, antaranya muallim fairol merangkap guru penasihat GELURA, muallim abdul rahim dan isteri beliau (tak ingat nama). Nasihat2 dan pedoman yang disampaikan mereka sangat memberi 'efek' pada hati-hati kami. Memang nyata mereka menginginkan kami menjadi salah satu golongan muslim berjati diri yang membantu dalam meningkatkan prestasi sekolah dalam semua bidang. Telah berlangsung juga sesi 'conteng biodata' (reka sendiri) dan kemudian sesi taaruf. Kalau ada aktiviti lain tolong tegur, ana tak berapa ingat. All in all semuanya kelihatan ceria kerana berpeluang beramah mesra mengembalikan nostalgia lama..

Jangan muntah. Rujuk objektif reunion pada post al-ukht fatin nadhirah.

Dan tibalah waktu makan selepas itu. Berakhirnya agenda GELURA dengan hembusan nafas lega daripada AJK2 pelaksana. Terima kasih diucapkan atas kerjasama antum. Ana shoot post ni just sebagai seorang setiausaha. Agak tak patut mungkin kalau ana tutup mulut (beku tangan) sedangkan hari yang gemilang ini sudah berakhir. Sekadar ulasan.

Maaf jika ayat terskema.

Mari tingkatkan diri bersama-sama. Mantap dan perkukuh.

Wallahu al musta'an.

GELURA oh GELURA

Assalamualaikum to all brothers and sisters,


Thank you to all for attending the first ever reunion since ancient time. It's good to be back to the school that - should i say - the best years of my life. And your life too maybe?

Anyway, hopefully we can make this GELURA more alive with lots of activities, shall we? GELURA is not a one-person thingy but it needs everyone to give something to this alumni. I hope that, everyone can gives their full support either to the alumni itself or the school. Anytime when there's a program conducted/held, I hope that everyone can gives their bit of time to join.

Thank you again for electing the president of GELURA and hopefully this time I can be more responsible and do duty truthfully. And to the other commitee, do your job with full responsibilities, aight?

Take this as an experience for you guys to be prepared for the future. It's a rough world outside. :)

Enough of introductions. The point is, let us enjoy ourself in GELURA, yeah?! and help yourself to add something to this blog. Any tazkirah, stories, experiences, anything that can be usefull to all.

That is all. Good luck to all in your studies, business and life. To the SPM candidates, all the best. The last year as a student, enjoy it as much as possible. Good luck again! Thank you and see you guys soon.

Hidayat Jamalolail.

p/s: Make usefull of this blog as much as possible. If you are good in English, write in English. If Arabic, write in Arabic. Don't put a limit to yourself. Try something new. Even if it's not that good. Just try. :) French, Dutch, Japanese, Korean, why not? :D




The End of The Zionist Agenda

http://kbaz.net

Be cool!!


Suatu masa dahulu, di tempat yang sangat jauh, ada seorang perempuan tua yang membawa muatan yang berat sepanjang perjalanan di sebuah gurun. Dalam keadaan bersusah payah, dia cuba juga untuk melakukannya sebaik mungkin. Pada ketika itu datanglah seorang lelaki muda dan menawarkan dirinya untuk membantu wanita tersebut mengangkat bebanan itu. Maka berlakulah perbualan antara lelaki dan perempuan tua tersebut.

Makcik amat berbesar hati dan berterima kasih kerana kebaikan hati kamu menolong makcik,” kata wanita tua tersebut. Wanita tua itu sangat suka berbual dan lelaki muda tersebut hanya membiarkankan sahaja wanita itu bercakap dengannya sepanjang perjalanan tersebut tanpa mencelah sepatah perkataan pun.

Wahai anak muda, sepanjang kita berjalan bersama, makcik hanya ada satu permintaan. Jangan kamu cerita tentang Muhammad! Kerana dialah makcik jadi pening kepala dan tidak tenang. Maka, jangan cerita kat makcik tentang Muhammad! Semoga perjalanan kita akan selamat sampai dengan aman.”

Wanita tua itu berkata lagi:

Lelaki itu banyak memberi masalah besar kepada makcik, masalah besar yang kamu sendiri tak dapat nak bayangkan. Makcik dengar nama dia dan kisahnya, di mana sahaja makcik pergi. Sebelum ini, kaum kerabat dia mengenali dia sebagai seorang yang jujur dan kemudian dia telah memecahbelahkan kaumnya dengan membawa ajaran bahawa Tuhan itu Esa!

Dia telah mempengaruhi yang lemah, yang miskin dan golongan hamba dan mengatakan mereka akan mendapat keuntungan dan kebebasan dengan mengikuti jalannya!” kata wanita tua tersebut dengan marahnya.

Dia telah merosakkan pemikiran orang-orang muda dengan meyakinkan mereka semua untuk bergantung harapan kepada yang lain dari berhala mereka. Maka, jangan sekali-kali kamu ceritakan tentang Muhammad!”

Apabila mereka sampai di tempat yang dituju, lelaki itu pun meletakkan barang yang dibawanya dan diberikan semula kepada wanita tersebut. Wanita tua itu pun tersenyum lebar di atas pertolongan lelaki itu dan berkata kepadanya:

Terima kasih wahai anak muda. Sungguh baik hati kamu. Kebaikan dan senyuman kamu nih sangat jarang dijumpai pada zaman sekarang. Biar makcik bagi kamu satu nasihat, jauhkan diri kamu dari Muhammad. Jangan terima katanya atau ikut jalannya. Kalau kamu ikut, nescaya selama-lamanya kamu tidak akan mendapat ketenangan and kamu hanya akan dapat masalah.”

Ketika lelaki itu hendak meminta diri untuk pergi, wanita tua itu pun berkata:

Sekarang, sebelum kita berpisah, Bolehkah makcik tahu siapakah kamu, wahai anak muda? Siapa nama kamu?

Lalu lelaki itu pun memberitahu namanya. Wanita itu senyap seketika:

Maafkan makcik… apa yang kamu cakap tadi? Telinga makcik nih dah tua dan tak berapa nak dengar. Makcik rasa makcik salah dengar tadi. Kamu kata nama kamu adalah Muhammad?

Sayalah Muhammad,” Nabi s.a.w. memberitahu wanita itu.

Lalu wanita tua itu pun bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah, dan memeluk agama Islam.

Kisah ini diambil dari lirik sebuah lagu “Don’t Talk To Me About Muhammad” karya Dawud Wharnsby Ali.

Apakah pengajaran dari kisah ini??

Rasulullah S.A.W. adalah contoh terbaik untuk diteladani, insan yang paling berakhlak mulia sebagaimana pengiktirafan di dalam al-Quran al-Karim:

“Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung.” (Surah al-Qalam: 4)

Dari kisah tersebut, membantu meringankan beban orang yang lemah atau susah merupakan akhlak yang terpuji tanpa mengira siapa jua sama ada Muslim atau bukan Islam. Walaupun baginda dicaci dan dicemuh, baginda tetap berakhlak mulia tanpa menyakiti hati orang tersebut. Malah ia hanya dibalas dengan senyuman. Dan ternyata, dengan berakhlak baik dapat membuka pintu hidayah kepada manusia untuk menerima Islam. Al-Quran ada menyebut tentang suruhan Allah kepada para pendakwah untuk menyeru manusia kepadaNya melalui contoh teladan yang baik:

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik….” (Surah an-Nahl:125)

Maka, para pendakwah khususnya yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai ragam manusia, perlu menanamkan sikap ini, tidak cepat melenting atau rasa marah jika usaha dakwah kita diperlekehkan atau dicemuh. Bersabar dan bersikap tenang dalam setiap keadaan, dan yakinlah Allah akan mengganjari usaha kita dengan kebaikan yang besar di akhirat kelak dan tidak mengharapkan apa-apa balasan dari manusia.

Maka nasihat untuk semua para penggerak dakwah, be cool!! Teruskan usaha anda dengan ikhlas kerana Allah Ta’ala.

Fastabiqul khairaat….!! (berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan)

Peace be upon you.


So, as we all know, Mesyuarat Kali Ke-3 telah diadakan si SM Hirasa sendiri on the 21st March. Minit Mesyuarat yang lepas telah disahkan dan masalah berbangkit dan aktiviti alumni yang seterusnya telah dibincangkan.

Ahli Jawatankuasa Alumni yang telah dilantik serta ahli Gelura dengan suka hati dan ikhlasnya telah menghadirkan diri mereka. Antaranya ialah Mohd Danial, Ahmad Husaini, Aiman Uslim, Majdiah Nadzrah, Majdiah Nazihah, Amni Rumaisha dan Fatin Nadhirah(ehem2). Majlis telah dipengerusikan oleh Muallim Fairul sendiri.

1. Menyumbang kepada Buletin Hira'

Dalam mesyuarat kali ke-3 ni, aktiviti alumni telah pun dibincangkan dan yang pertamanya ialah GELURA(Gerakan Alumni Hira' ) akan menyumbangkan tenaga serta usaha dalam menjayakan Buletin SM Hira'  Shah Alam sepertimana yang Muallim Fairul jelaskan. Mengikut kata-katanya(eceh) "SM Hira SA akan menerbitkan Buletin Hira' dan Insyallah dengan izin-Nya buletin tersebut akan diterbitkan sebulan sekali. Akan terdapat satu ruangan khas untuk GELURA sendiri bagi ahli GELURA untuk menyerlahkan bakat terpendam". Amanat untuk menguruskan sumbangan ahli GELURA kepada Buletin Hira' telah diberiakan kepada Ukhti Majdiah Nazihah. 

So, lepas ni kepada semua rakyat jelata, anda dialu-alukan untuk memberi sumbangan karya kepada Buletin Hira'. Semua sumbangan boleh diserahkan secara face-to-face, ataupun via email kepada Ukhti Majdiah Nazihah bt Mohd Haris.

2. "GELURA Kembali"

Majlis telah memutuskan untuk mengadakan Reunion Agung(waaargh). and Insyaallah program ini telah diberi nama "GELURA KEMBALI". Plus, with His approval dan usaha-usaha para AJK Alumni dan ahli, program ini akan diadakan pada awal cuti persekolahan bulan 6 iaitu 1 Jun 09. 

Here are some of the objectives of "GELURA KEMBALI":
1. Untuk merapatkan ukhuwah fillah dalam kalangan alumni dan warga Hira.
2. Mengumpulkan kembali alumni Hira' daripada Batch 1,2,3,4,5,6 dan 7.
3. Bagi mengimbau kembali nostalgia dan kenangan kita bersama :P

The comittee members has been selected and here are some of them:

Pengarah                                   : Mohd Danial
Timb Pengarah                        : Majdiah Nazihah 
Setiausaha                                : Majdiah Nadzrah & Aiman Uslim
Bendahari                                 : Ahmad Husaini
Unit Promosi                           : Amni Rumaisha
Unit Makanan & Jamuan       : Fatin Nadhirah
Unit Program & Tentatif       : Ahmad Husaini
Unit Media & Penerbitan      : Nur Hidayat & Amrina Syakirah
Unit Pendaftaran                    : Izyana & Nawfal

Hold on people. yes, ada beberapa yang tak tahu bahawa mereka dengan tak memasalnya telah dilantik menyertai The Comittee members but these are the one that we have currently.  Bagi comittee members yang tak tahu apakah peranan mereka. Boleh rujuk kepada Setiausaha ataupun pengarah program sendiri :)

And do not worry people because Insyaallah SEMUA alumni akan dijemput. Muallim Fairul akan berusaha untuk mencari no. contact SEMUA alumni and this include from the 1st,2nd,3rd,4th,5th,6th and 7th batch. Plus, Ketua unit promosi AKAN menjemput semua alumni dan mempromosikan program ini sehabis mungkin. Tentatif program akan dimaklumkan oleh Unit Program & Tentatif kelak. 



And here come the crucial part. As i heard before, there are some speculation about the reborn of Alumni Hira Shah Alam or now as known as GELURA(Gerakan Alumni Hira). 

1. First thing first is about The Pengerusi

Dalam mesyuarat kali ini telah berbangkit isu "Siapakah Pengerusi kita?" Sebelum ni, beberapa pencalonan telah dibuat di YahooGroups for the sake of melantik pengerusi kita. Tapi, disebabkan masalah teknikal dan masalah peribadi masing-masing, hal itu terkubur sementara. Ada yang tak berapa nak kenal calon-calon pengerusi kita, ada yang tak tahu ada pencalonan, so on and so forth. So, this matter had been discussed dalam meeting dan majlis memutuskan(eceh)  bahawa Tim. Pengerusi akan mengambil alih peranan Pengerusi secara SEMENTARA. Jadi, pengerusi akan dilantik secara rasminya pada program "Gelura Kembali" kelak. Pencalonan daripada batch senior ( batch 1,2 dan 3) amatlah dialu-alukan dan digalakkan. 

So, the solution is that we will choose our Leader soon. 



2. Secondly, is about the REBORN of Gelura.

There are some controversy about this. Alumni Batch atas ada yang tidak tahu-menahu pasal Alumni Hira' yang baru ni dan ada yang terguris hati sebab tidak diinform.  Ana telah pun bersoal-jawab dengan Pengerusi Alumni yang terdahulu iaitu abang ana sendiri. And yes, Alumni terdahulu telah lama senyap-menyepi dan tidak menunjukkan impak yang maksima.(hehe). Plus, ana telah pun inform si pengerusi tentang pertubuhan Alumni ni (GELURA) and as always, he as a man totally no problem dan tak kisah malah agak supportive. Masalahnya kini ialah pihak banat batch atasan. Punca timbulnya masalah ini ialah kurangnya communication and I would like to apologize to all my seniors for not informing about this matter earlier. Ana telah memberi amanat pada Pengerusi yang lepas untuk menyebarkan berita tentang GELURA kepada banin & banat batchnya dan nampaknya 'beliau' telah mencuba as hard as possible dan tidak dapat menyalurkan berita kepada keseluruhan batchnya due to lack of communication. So, Insyaallah I will try to find ALL the contacts of alumni Hira dan Muallim Fairul juga berusaha untuk mencari fail2 lama di sekolah demi menghubungi semua alumni. And I hope that in the incoming programme - "Gelura Kembali" semua contact of alumni sudah difailkan. 

p/s : For my SENIORS from Batch 1,2 and 3, i would like to apologize here OFFICIALLY  if the news of reborn of Alumni Hirasa is not informed to YOU. 



3. Thirdly, is the FEES.

Before that, i would like to address my regret for not being in the scene at the Ihtifal 2009 due to some technical problems. Out of nowhere, I heard that pada hari kejadian, terdapat pendaftaran alumni dan kutipan yuran RM5. Ana pun agak 'kaget' mendengarnya sebab setakat ini, tiada makluman kutipan yuran secara rasmi. Setelah diselidik, kutipan dan pendaftaran tersebut telah dijalankan oleh ahli alumni kita yang prihatin dan ana sangat menghargai usahanya. If I'm not mistaken, the RM5 fees that had been collected had been used for printing. So here, i again apologize kepada sesiapa yang terkejut sebab tak memasal kena bayar RM5 sebab ana pun tak tahu. Tapi, jangan risau kerana semua kutipan yang dibuat telah disalurkan ke tabung Gelura sendiri. 

p/s: selepas ini tatacara dan protokol mendaftar dan yuran akan diterangkan secara rasminya oleh Bendahari kita :)



4. Then, here comes the issue of ALUMNI HIRA

Ada yang mempersoalkan mengapa Alumni Hira Shah Alam diasingkan. Ana tak tahu tentang hal ini secara mendalam dan masalah ini telah pun dibentangkan pada mesyuarat dan Muallim memutuskan bahawa setakat ini, kita gerakkan Alumni Hira' Shah Alam dulu. Sesiapa yang ingin menyertai ALIPH, tidak menjadi satu masalah :)




In a nutshell, I want to address my apology for all the problems and for all the blurness of all(err..). Anyway,  I hope my statement and report here had at least cleared your mind and wash all the blurness. 

"tarbiyyah bukan segalanya tetapi segalanya bermula dari tarbiyyah. tanpa kita(orang yang selalu bagi alasan) Islam tetap menang. Tapi tanpa dakwah dan tarbiyyah belum tentu kita berjaya di padang Mahsyar :)"

p/s: ohh yea. Insyaallah yahoogroup alumni dulu (hirasa) akan di maklumkan tentang blog ini dan yahoogroup hira_shahalam :)


May Allah Bless You.

Mesyuarat AJK Alumni

Masa: 9 pagi
Tarikh: 21 Mac sabtu
Tempat: Hira' shah alam
Isu: masalah gerakan, aktiviti lanjutan

Harap semua ajk untuk datang.

Informasi GELURA

Gerakan Alumni Hira' Shah Alam

Sekolah Menengah Islam Hira' Hicom Seksyen 27, Shah Alam ditubuhkan pada 2001 yang pada awalnya hanya menjangkaui 6 org pelajar dan 5 orang muallim serta muallimah. Kini sudah menghampiri sesi 2010, SMIH Hicom sudah pun menghampiri usianya yang ke - 9. Saban tahun, berpuluh-puluh jumlah pelajar dilahirkan SMIH dan dalam usaha agar tidak terputus begitu sahaja jalinan ukhuwwah yang sudah terjalin, maka tercetuslah inisiatif untuk membentuk sebuah komuniti alumni tersendiri Hira' Hicom. Pada awalnya hanya dikenali sebagai Al Hirasa, kini telah di 'rebranding' kan semula lalu lahirlah Gerakan Alumni Hira' atau lebih di kenali dengan singkatannya, GELURA.


Guru Penasihat
MUALLIM FAIRUL

Pengerusi
HIDAYAT JAMALOLAIL

Timbalan Pengerusi
FATIN NADHIRAH BT JAMALOLAIL

Setiausaha
AIMAN BIN MD USLIM

Bendahari
MAJDIAH NAZIHAH BINTI MOHD HARRIS

AJK Batch 4
ABU ZAR BIN AHMAD ZUBIR
AMIRAH LABIBAH BINTI MAHDZIR

AJK Batch 5
AHMAD HUSAINI BIN SUHAIMI
AMNI RUMAISHA BINTI AHMAD RADZI

AJK Batch 6
MAJDIAH NADZRAH BINTI MOHD HARRIS
MARDHIAH BINTI KHAIRUNJAUHARI



Bismillahir Rahmaanir Rahiim.

Disini ditunjukkan cara-cara menyertai group Hira' Shah Alam di groups.yahoo.com memandangkan masih ramai yang belum mengetahuinya. Ikut langkah-langkah berikut secara tertib dan tidak gopoh.

  1. Taip di address bar browser anda url berikut: http://groups.yahoo.com/groups/hira_shahalam
  2. Sebelum apa-apa, pastikan anda sudah 'Sign In' ke email yahoo anda.
  3. Anda kini di laman web rasmi group Hira' Shah Alam. Cari butang 'Join this group' di bahagian kanan page tersebut.

  4. Pada bahagian 'Comment to owner', catatkan sebanyak mungkin butir pengenalan diri anda supaya mudah untuk moderator group mengesahkan penyertaan anda.
  5. Jika anda yakin moderator akan mengesahkan penyertaan anda (dan tidak membatalkannya), taip juga sesuatu ke dalam bahagian 'Comment to owner' tersebut kerana ia wajib diisi bagi semua yang hendak menyertai group.
  6. Jangan ubah apa-apa pada bahagian 'Message Delivery'. Biarkan tick butang 'Individual Email'.
  7. Pada bahagian 'Message Preferences', pilih 'Fully Featured'.
  8. Kemudian, isikan kod yang terpapar di bawah dengan teliti.
  9. Akhir sekali, klik 'Join' pada bahagian bawah page.
  10. Tunggu untuk moderator group mengesahkan penyertaan anda.
Anda kini ialah salah seorang ahli group Hira' Shah Alam.

Kepada mereka yang bukan warga atau alumni Hira' Shah Alam, anda dilarang sekeras-kerasnya menyertai group ini.

Sekian.

Bismillahir Rahmaanir Rahiim.

Blog ini ialah blog rasmi Gerakan Alumni Hira' Shah Alam yang ditubuhkan pada 5 Disember 2008. Segala maklumat dan aktiviti tentang organisasi ini akan dimaklumkan di dalam blog ini.


Semoga Allah memberkati usaha kerdil kami.

Wassalam.